Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang diserang ganas di Cologne

Dua warga Pakistan, seorang pemuda Syria cedera dibelasah penyangak

-

BERLIN: Dua warga Pakistan dan seorang lelaki Syria cedera diserang dengan ganas oleh sekumpulan individu di Cologne, menurut polis Jerman lewat kelmarin, bandar di mana majoriti daripada ratusan kes serangan Ambang Tahun Baharu ke atas wanita berlaku.

A k h b a r t e m p a t a n Express melaporkan para penyerang adalah kumpulan penyangak dan peminat rock yang bersubahat menerusi Facebook untuk bertemu di tengah Cologne bagi memulakan ‘ pemburuan orang asing’.

Keganasan kelmarin di pusat bandar luar stesen kereta api utama, menandakan ketegangan baharu sejak serangan ke atas kaum wanita di Cologne dan bandar Jerman lain telah mencetuska­n 516 aduan jenayah, dengan siasatan polis memfokus kepada pencari suaka dan pendatang.

Serangan tersebut yang mana 40 peratus daripadany­a meliputi kecurian, pencabulan dan rogol, telah mencetuska­n perdebatan hangat di Jerman mengenai polisi pintu terbuka Canselor Angela Merkel ke atas pelarian dan pendatang, di mana 1.1 juta daripada mereka telah memasuki negara tersebut tahun lepas.

Polis Cologne berkata, sekumpulan 20 orang menyerang enam warga Pakistan pada malam Ahad lalu, menyebabka­n dua daripadany­a cedera.

Dalam satu lagi insiden beberapa minit kemudian, sekumpulan lima orang menyerang dan mencederak­an seorang lelaki Syria berusia 29 tahun, kata polis.

Polis kelmarin berkata, mereka telah menerima laporan tentang beberapa kumpulan individu yang cuba memprovoka­si dan mengerah anggota tambahan ke kawasan tersebut di antara stesen berkenaan dan katedral Gotika ikonik di bandar raya itu.

Pegawai polis memeriksa dokumen pengenalan kirakira 100 orang dan dua daripadany­a ditahan kerana enggan mematuhi arahan polis.

Suruhanjay­a Parlimen Negeri North- Rhine Westphalia semalam, yang mana bandar terbesarny­a adalah Cologne, akan menyoal polis dan pihak lain mengenai kejadian pada Ambang Tahun Baharu.

Pergerakan politik antiIslam PEGIDA, yang mana para penyokongn­ya melontar botol dan mercun ke arah perarakan propendata­ng di Cologne kelmarin sebelum dileraikan oleh polis antirusuha­n, telah berhimpun di bandar Leipzig lewat petang semalam.

Serangan ke atas wanita di Cologne juga mencetuska­n debat tentang peraturan lebih tegas bagi pendatang yang melanggar undang-undang, prosedur pengusiran yang disegeraka­n dan peningkata­n l angkah keselamata­n seperti lebih banyak video pemantauan di kawasan awam dan kerahan lebih ramai polis. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? PELAMPAU: Para penyokong PEGIDA membawa pelbagai versi Reichskrie­gsflagge (Bendera Perang Diraja) semasa perarakan protes di Cologne, Jerman kelmarin.
— Gambar Reuters PELAMPAU: Para penyokong PEGIDA membawa pelbagai versi Reichskrie­gsflagge (Bendera Perang Diraja) semasa perarakan protes di Cologne, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia