Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran musnahkan pejabat NGO Israel perjuang hak Palestin

-

BAITULMAQD­IS: Satu kebakaran yang berlaku semalaman kelmarin di pejabat sebuah NGO Israel yang memperjuan­gkan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang ditawan, menurut seorang jurucakap bagi organisasi itu, dengan pembakaran sengaja dikatakan sebagai satu puncanya.

K e b a k a r a n y a n g memusnahka­n dengan teruk pejabat kumpulan B’Tselem di Baitulmaqd­is namun tiada sebarang kecederaan kerana premis tersebut kosong pada masa itu, jurucakap menyatakan dalam satu kenyataan.

“Satu kebakaran berlaku di pejabat B’Tselem di Baitulmaqd­is pada petang ini. Tiada seorangpun daripada kakitangan kami yang berada di dalam bangunan,” jelas beliau.

“Laporan awal yang disiarkan oleh media menunjukka­n bahawa pihak polis mengesyaki bagi tindakan pembakaran secara sengaja,” tambah beliau.

“Sekiranya didapati bahawa ini adalah satu serangan pembakaran secara sengaja, ia harus dilihat dalam konteks arus hasutan kerajaan dan kempen menghasut terhadap kumpulan hak asasi manusia di Israel, serta terutamany­a di B’Tselem.”

Namun beliau menyatakan kebakaran itu tidak akan menghentik­an kerjakerja organisasi tersebut dalam merekodkan dan mendedahka­n pencabulan hak asasi manusia ketika dalam penaklukan

Bercakap di dalam radio awam, seorang wakil bagi perkhidmat­an bomba tidak memutuskan kemungkina­n bagi pembakaran secara sengaja.

Beliau mengesahka­n premis tersebut mengalami kerosakan serius namun tiada kecederaan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah melancarka­n apa yang dilihat sebagai satu tindakan terhadap NGO sayap kiri pada Disember dengan draf perundanga­n terkawal bagi memperketa­tkan peraturan terhadap kumpulan hak asasi yang menerima dana dari luar negara.

NGO sayap kiri menyatakan tindakan itu sebagai satu tindakan yang berniat jahat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia