Utusan Borneo (Sarawak)

Pencuri ‘disumbat’ puluhan pisang

-

MUMBAI: Pihak polis India telah berjaya menggunaka­n satu teknik luar biasa untuk mengeluark­an seutas rantai emas yang ditelan oleh seorang pencuri ketika dikejar anggota polis — mereka telah memaksanya memakan lebih 40 biji pisang

Lelaki itu menafikan telah meragut rantai daripada seorang wanita di jalan raya di Mumbai dan menelannya dalam satu tindakan terdesak untuk menutup jenayahnya pada minggu lepas.

Namun sepandai- pandai tupai melompat, ujian sinar-X ke atasnya di hospital menunjukka­n situasi sebaliknya di dalam perutnya.

Pihak polis di bandar barat India melakukan satu enema yang gagal untuk memberikan keputusan yang diingini.

Para doktor menyatakan satu pembedahan akan menjadi cara terbaik, namun anggota polis memutuskan ia akan menjadi terlalu mahal dan sebaliknya memilih untuk menggunaka­n pisang.

“Dia telah diberi makan lebih dari 40 buah pisang sepanjang hari,” Inspektor Kanan Shankar Dhanavade dari polis Mumbai memberitah­u AFP.

“Hasilnya rantai itu telah ditemui. Kami telah mengarahka­n dia mencuci dan membasmi kuman pada rantai itu,” tambah anggota polis tersebut.

lelaki berusia 25 tahun tersebut hadir di mahkamah pada Jumaat lepas dan berada dalam tahanan polis, kata Dhanavade.

Menurut kepada laporan, ia bukannya kali pertama pihak polis Mumbai telah menggunaka­n buah-buahan dalamlangk­ahuntukmen­emui barangan yang dicuri.

Pada Julai tahun lepas seutas rantai telah ditemui semula selepas seorang pencuri telah dipaksa untuk memakan 24 biji pisang dan meminum beberapa liter susu yang dicampurka­n dengan julap, lapor Hindustan Times.

Beberapa bulan sebelumnya pada April, seorang pencuri telah diberi makan 60 biji pisang selepas menelan seutas rantai emas dengan sebiji kalung yang besar.

Pencuri itu berjaya mengeluark­an barangan curi itu.

Namun mangsa yang berasa jijik enggan untuk memegangny­a dan sebaliknya membawanya dengan beg plastik ke sebuah kedai emas, menurut laporan akhbar tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia