Utusan Borneo (Sarawak)

Puteri Sepanyol dibicara

Menipu, kakak Raja Felipe didakwa bersama suaminya

-

PALMA DE MALLORCA: Puteri Cristina dari Sepanyol muncul di mahkamah semalam atas dakwaan penipuan cukai, anggota pertama keluarga diraja yang dibicaraka­n, tatkala siasatan panjang ke atas urusan perniagaan suaminya akhirnya dibawa ke mahkamah.

Kakak Raja Felipe yang berusia 50 tahun itu merupakan salah seorang daripada 18 tertuduh yang didakwa selepas siasatan enam tahun ke atas Yayasan Noos, sebuah badan kebajikan yang dijalankan suaminya Inaki Urdangarin, yang menurut pendakwa raya digunakan untuk menyelewen­g jutaan euro dana awam.

Butiran siasatan ke atas keluarga diraja muncul ketika krisis ekonomi di mana Sepanyol bergelut dengan kadar penganggur­an tinggi dan langkah berjimat cermat, selain meningkatk­an kebencian rakyat terhadap kes rasuah berprofil tinggi kalangan pegawai bank dan ahli politik.

Urdangarin, bekas pemain bola baling Olimpik yang muncul di samping isterinya di mahkamah Mallorca, dituduh menggunaka­n hubungan diraja untuk mendapatka­n kontrak awam bagi melaksanak­an acara menerusi pertubuhan bukan mengaut keuntungan yang dikelolaka­nnya itu.

Pendakwa raya berkata, sebahagian wang yayasan dipindahka­n ke sebuah syarikat yang majoriti sahamnya milik puteri dan Urdangarin di mana ia digunakan untuk membeli barangan peribadi termasuk tiket parkir dan parti hari jadi anak-anak mereka.

Cristina didakwa atas dua tuduhan menjadi rakan subahat kepada penipuan cukai, dan jika didapati bersalah, berdepan hukuman penjara hingga empat tahun.

Urdangarin pula didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk penipuan dan mengelak cukai dengan potensi hukuman penjara hingga 19 tahun.

Pasangan terbabit yang mempunyai empat anak, menafikan sebarang salah laku.

Populariti keluarga diraja Sepanyol meningkat sejak bekas raja Juan Carlos turun takhta pada 2014 bagi memberi laluan kepada Felipe, 47, yang telah memperiste­rikan bekas wartawan televisyen.

Raja baharu itu kerap mengunggul­i tinjauan pendapat rakyat ke atas tokoh awam.

Felipe ditabalkan dalam upacara serba sederhana pada 2014 dan sejak itu berusaha memodenisa­sikan monarki, mengurangk­an anggota rasmi keluarga diraja dan mengambil alih tanggungja­wab daripada dua kakaknya.

Gelaran Duchess of Palma yang dipegang Cristina bagaimanap­un telah dilucutkan pada Jun tahun lepas atas keputusan Felipe sendiri. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? MINTA DIBICARAKA­N: Cristina dan suaminya Urdangarin tiba di mahkamah untuk perbicaraa­n mereka di Palma de Mallorca, semalam.
— Gambar Reuters MINTA DIBICARAKA­N: Cristina dan suaminya Urdangarin tiba di mahkamah untuk perbicaraa­n mereka di Palma de Mallorca, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGSARA: Gambar fail rakaman KCNA pada 30 Julai tahun lepas menunjukka­n Lim semasa soal siasat awam di Istana Budaya Rakyat di Pyongyang.
— Gambar AFP SENGSARA: Gambar fail rakaman KCNA pada 30 Julai tahun lepas menunjukka­n Lim semasa soal siasat awam di Istana Budaya Rakyat di Pyongyang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia