Utusan Borneo (Sarawak)

Paderi Kanada dedah derita di kem penjara kerja berat

-

SEOUL: Seorang paderi Kanada berusia 60 tahun, yang dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat di Korea Utara, menghabisk­an masa lapan jam sehari, enam hari seminggu menggali lubang di sebuah dusun dalam kem penjara di mana dia adalah satu-satunya banduan di sana.

Dalam temu bual bersama CNN di Pyongyang, Hyeon Soo Lim mengakui kesukaran menyesuaik­an diri dengan kerjaberat­dalamhukum­annya susulan pensabitan bulan lepas atas dakwaan bertindak subversif terhadap kerajaan.

“Saya bukanlah seorang buruh, jadi kerja berat ini pada mulanya amat sukar,” kata Lim, dengan kepala bercukur dan memakai seragam kelabu dengan nombor 036.

Temu bual tersebut dijalankan di bilik sebuah hotel di Pyongyang, di mana Korea Utara turut menyampaik­an seorang lagi banduan etnik Korea yang menurut mereka merupakan warga Amerika Syarikat ( AS) yang ditahan kerana mengintip pada Oktober.

Belum ada laporan barubaru ini sama ada daripada Pyongyang atau Washington mengenai penahanan manamana rakyat Amerika.

Namun Korea Utara menunjukka­n sekeping pasport AS yang mengenal pasti lelaki terbabit sebagai Kim Dong-Chul, 62, yang menjadi pemastauti­n tetap AS pada 1987.

Kim memberitah­u CNN bahawa dia tinggal di China dekat dengan sempadan Korea Utara sejak 15 tahun lalu dan kerap berulang alik ke Rason, zon ekonomi khas Korea Utara.

Dalam temu bual tersebut yang dijalankan melalui penterjema­h rasmi, Kim mendakwa mengintip bagi pihak elemen konservati­f di Korea Selatan dan merakam gambar rahsia tentera.

Kementeria­n luar di Seoul belum lagi mengulas segera laporan ini.

Temu bual dengan Lim bermula dengan paderi terbabit diiring pantas ke dalam bilik oleh dua pengawal berseragam yang memegang kedua-dua lengannya.

M e r e k a k e m u d i a n meninggalk­an bilik tersebut, namun Lim yang dilahirkan di Korea Selatan, yang bertutur dan memahami bahasa Inggeris, mengatakan dia disuruh menjawab semua soalan dalam bahasa Korea, sekali gus mencadangk­an perbualan itu sedang dipantau rapi.

Lim ditahan pihak berkuasa Korea Utara Januari tahun lalu ketika tiba dari China.

Pada penjatuhan hukuman ke atasnya bulan lepas, Korea utara berkata, dia telah mengaku salaha tas semua dakwaan termasuk memfitnah dengan niat jahat sistem Korea Utara dan pemimpinny­a, selain merancang untuk mengguling­kan kerajaan.

Lim yang merupakan paderi di Light Korean Presbyteri­an Church di Toronto, merupakan individu terbaharu dalam siri mubaligh asing yang ditahan, diusir atau dipenjarak­an kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal negara.

Lim berkata, dia diminta bekerja lapan jam sehari, enam hari seminggu, menggali dusun di sebuah kem buruh tanpa banduan lain melainkan dirinya sendiri.

Dia mengakui menerima penjagaan perubatan secara kerap dan tiga sajian makanan sehari, tetapi masih belum menerima kitab Injil yang dimintanya sebelum ini.

“Saya berdoa setiap hari untuk negara ini dan rakyatnya, saya berdoa agar Utara dan Selatan akan bersatu semula, agar situasi seperti saya tidak berlaku lagi,” katanya.

Temu bual berlangsun­g hampir sejam, kemudian kedua-dua pengawal terbabit muncul semula dan Lim dibawa keluar.

Kanada telah memprotes hukuman keras itu dan mengadu pegawai konsulat tidak dibenarkan bertemu Lim.

Lim kerap berkunjung ke Korea Utara sebelum ini, mengetuai beberapa misi bantuan serta menguruska­n beberapa rumah anak yatim, rumah warga emas dan kilang pemprosesa­n makanan.

Pyongyang memandang mubaligh asing penuh syak wasangka, walaupun ia membenarka­n segelintir d a r i p a d a n y a u n t u k menjalanka­n kerja- kerja kemanusiaa­n.

Sejumlah mubaligh Kristian, kebanyakan­nya etnik Korea warga AS, telah ditahan sebelum ini.

Sebahagian­nya hanya dibenarkan pulang selepas campur tangan tokoh politik berprofil tinggi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia