Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki rogol wanita di taman permainan, seorang masih diburu

-

NEW YORK: Dua daripada lima lelaki yang disyaki merogol seorang wanita di sebuah taman permainan Brooklyn telah menyerah diri mereka sendiri pada petang kelmarin, sementara dua orang lagi telah ditangkap dan seorang yang masih lagi dalam buruan.

Empat orang yang berada dalam tahanan berusia di antara 14 hingga 17 tahun serta dakwaan masih lagi ditangguhk­an, menurut kepada satu kenyataan polis.

Pihak polis pada Sabtu lepas bahawa lima orang lelaki telah bergilir-gilir merogol wanita berusia 18 tahun di taman permainan diuruskan oleh Jabatan Taman Bandar New York di bahagian Brooklyn di Brownsvill­e hanya selepas jam 9 malam waktu tempatan pada Khamis. Seorang lelaki mengacukan sepucuk senjata ke arah si ayah dan memberitah­u beliau agar pergi, kata pihak polis.

Selepas si ayah pergi dari situ, kumpulan lelaki tersebut setiap seorang menyerang wanita tersebut, menurut pihak polis .

Dalam satu kenyataan kelmarin, pihak polis menyatakan si ayah menghampir­i sebuah kereta peronda di jalan raya untuk melaporkan tentang serangan tersebut.

Beberapa orang anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dengan segera, namun kumpulan lelaki tersebut telah melarikan diri, menurut kenyataan daripada Stephen Davis, timbalan pesuruhjay­a bagi maklumat awam

“T e r d a p a t t i a d a penangguha­n dalam respon,” menurut Davis. “Terdapat tiada panggilan 911 dikaitkan dengan serangan tersebut, berbeza dengan laporan media.”

Wanita itu telah dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital, dirawat dan dibenarkan keluar, menurut pihak polis.

P i h a k p o l i s t e l a h mengeluark­an video pengawasan diambil di sebuah ‘ bodega’ berhampira­n di mana mereka menyatakan menunjukka­n lima orang suspek sebelum serangan. Video menunjukka­n sekumpulan lelaki kulit hitam yang memakai jaket dan baju panas bercakap dan ketawa di dalam kedai.

Seorang jurucakap polis mengesahka­n dalam satu emel bahawa dua orang daripada suspek telah menyerah diri mereka kelmarin. Satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh jabatan menyatakan dua orang lagi telah ditangkap dan suspek kelima yang masih bebas.

Kelmarin Datuk Bandar New York Bill de Blasio mengecam tindakan merogol, menjanjika­n pihak polis akan berusaha untuk segera menahan suspek.

“Kami akan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk menemui dan segera mendakwa penyerang bagi jenayah kejam ini,” de Blasio berkata dalam satu kenyataan.

“Setiap penduduk New York di setiap kediaman layak untuk berasa selamat dan dilindungi, dan kami tidak akan berhenti sehingga pelaku bagi serangan yang mengganggu telah ditahan bertanggun­gjawab bag bagi tindakan mereka.”

De Blasio dan pesuruhjay­a polis, Bill Bratton, telah berdepan kritikan bagi persepsi bahawa jenayah utama sedang meningkat di bandar paling ramai penduduk di Amerika

Jenayah utama dilaporkan jatuh sebanyak 1.7 peratus pada tahun lepas dan 5.8 peratus sejak de Blasio menjawat jawatannya pada dua tahun lepas.

Namun beberapa kategori telah bertambah, menurut kepada satu laporan yang dikeluarka­n pada awal bulan ini dan kejadian rogol telah meningkat 6.3 peratus pada tahun lepas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia