Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan akhirnya reda

-

PERTH: Suhu yang lebih sejuk dan angin yang menyamanka­n semalam membantu anggota bomba mengawal satu kebakaran hutan yang membunuh dua orang dan membakar 143 bangunan, dengan usaha pembersiha­n giat dilakukan.

Kebakaran, berpunca dari panahan kilat enam hari lepas, membakar melalui 71,000 hektar di negara Australia Barat, meninggalk­an satu laluan kemusnahan, yang terbaharu dalam satu siri kebakaran musim panas yang setakat ini menyebabka­n lapan orang terbunuh.

“Keadaan cuaca adalah baik pada hari ini dan mereka berada pada tempoh 24 jam lepas maka kami telah mampu untuk mengawal secara berterusan api tersebut,” Menteri Perkhidmat­an Kecemasan Australia Barat Joe Francis memberitah­u radio negara.

“Ia tidak sepenuhnya terkawal namun kami berasa amat optimis mengenai tempoh 24 jam seterusnya.”

Paras amaran telah diturunkan dari kecemasan kepada pengawasan dan tindakan bagi beberapa buah pekan di kawasan tersebut termasuk Waroona, Hamel dan Yarloop, sebuah komuniti kilang bersejarah kira-kira 110 kilometer di selatan Perth di mana dua mayat telah ditemui di dalam bangkai rumah-rumah yang hangus terbakar.

K e b a k a r a n , s a l a h satu dari yang melanda wilayah sejak beberapa tahun, memusnahka­n 143 bangunan, termasuk 128 rumah di Yarloop which was virtually flattened, the yang telah musnah, kata Jabatan Perkhidmat­an Kecemasan dan Bomba (DFES) di negara.

Perdana Menteri Australia Barat Colin Barnett telah mengumumka­n satu bencana alam, memberikan akses kepada penduduk bagi bantuan kewangan yang lebih luas, dengan Majlis Insurans Australia telah menganggar­kan kerugian bagi sekurang- kurangnya Aus$60 juta.

Francis menyatakan beliau berasa ‘sangat bangga’ dengan usaha beratus-ratus anggota bomba, ramai daripada mereka adalah anggota sukarelawa­n.

“Mereka membahayak­an diri meredah beberapa kebakaran sukar bagi menyelamat­kan nyawa penduduk,” menurut beliau.

Kebakaran hutan adalah biasa pada bulan-bulan yang lebih panas di Australia, dengan empat kematian di Australia Barat pada bulan November.

Dua orang lagi terkorban di wilayah Australia Selatan pada bulan yang sama.

Pesuruhjay­a DFES Wayne Gregson kelmarin memberi amaran keadaan buruk daripada musim kebakaran hutan yang bakal datang.

“Masih terdapat 10 atau lebih minggu lagi akan dilalui yang diramalkan akan menjadi satu musim kebakaran hutan yang sukar,” kata beliau.

Kebakaran paling teruk di Australia sejak beberapa tahun ini memusnahka­n beberapa bahagian di wilayah selatan Victoria pada 2009, memusnahka­n ribuan rumah dan menyebabka­n kematian 173 orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia