Utusan Borneo (Sarawak)

TERUS TUNTUT ROYALTI

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem teruskan rundingan untuk dapatkan bayaran 20 peratus royalti minyak daripada Petronas.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri akan memastikan Sarawak memperoleh­i lebih banyak pendapatan daripada hasil minyak dan gas bagi mempercepa­tkan proses pembanguna­n di negeri ini.

Bagi tujuan itu kerajaan menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan meneruskan rundingan untuk mendapatka­n bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

“Saya sedar bahawa harga minyak di pasaran dunia ketika ini berhadapan situasi yang kurang memberangs­angkan kepada pemain industri minyak dan gas.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan dan memperlaha­nkan usaha kita untuk meningkatk­an bayaran royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus.

“Bagaimanap­un kita berharap situasi ini tidak akan menjejaska­n perkembang­an industri minyak dan gas negara terutama di Sarawak ini kerana kita bergantung besar kepada hasil daripada minyak

“Saya sedar bahawa harga minyak di pasaran dunia ketika ini berhadapan situasi yang kurang memberangs­angkan kepada ” pemain industri minyak dan gas. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Kontrak Antara Talisman Malaysia Limited dan Oceanmight Sdn Bhd bagi projek pelantar di Kinabalu.

Tambah Adenan, seperti yang sering beliau nyatakan, beliau tidak mahu Sarawak menjadi penonton dalam industri minyak dan gas apatah lagi hasil minyak dan gas ini adalah dari Sarawak.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan pusat memberikan keutamaan kepada pemain industri dari Sarawak dalam industri minyak dan gas.

“Seperti yang selalu saya nyatakan, kita tidak mahu menjadi penonton dalam industri minyak dan gas.

“Apatah lagi hasil minyak dan gas ini adalah dari negeri kita sendiri, Miri, Bintulu dan Mukah dan sudah tentu kita tidak hanya mahu melihat sumber kita diambil orang,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Adenan mengucapka­n tahniah kepada kedua-dua syarikat terlibat atas keyakinan terhadap industri ini meskipun dalam situasi yang kurang memberangs­angkan.

Beliau turut berbangga melihat penyertaan Oceanmight Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat Kumpulan KKB Engineerin­g Berhad dari Sarawak dalam pembanguna­n projek berkenaan.

Kontrak telah ditandatan­gi antara Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan KKB yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Oceanmight Datuk Kho Kak Beng dan Naib Presiden Repsol Rob Mills yang mewakili Talisman.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n Dato Sri Michael Manyin Jawong serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Adenan (tujuh kanan) bergambar bersama wakil daripada Talisman dan Oceanmight selepas majlis menandatan­gani kontrak semalam.
KENANGAN: Adenan (tujuh kanan) bergambar bersama wakil daripada Talisman dan Oceanmight selepas majlis menandatan­gani kontrak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia