Utusan Borneo (Sarawak)

DEMAK LAUT TERUS MEMBANGUN DI BAWAH DR HAZLAND

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

PENCAPAIAN cemerlang Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemudi kerajaan negeri menjadi suntikan utama untuk terus menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Prinsip ‘action speaks louder than words’ merupakan pendekatan yang diguna pakai dalam menjayakan segala pembanguna­n di kawasan DUN Demak Laut.

Justeru populariti kepimpinan Dr Hazland Abang Hipni terus ditagih dalam menentukan kelangsung­an pembanguna­n yang memberi manfaat kepada setiap pendudukny­a.

Apa yang pasti sejak Dr Hazland menggalas tugas selaku wakil rakyat menggantik­an Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen pada PRN 2011, beliau telah berjanji akan memajukan kawasan itu dan sehingga kini pelbagai perubahan dibawa ke kawasannya.

Beliau sentiasa menekankan aspek pembanguna­n memandangk­an kawasan DUN Demak Laut memang masih ketinggala­n dan memerlukan pembanguna­n pesat pelbagai kemudahan infrastruk­tur.

Berkat kesabaran dalam memikul tanggungja­wab serta kepercayaa­n diberi oleh pucuk pimpinan, akhirnya Dr Hazland mampu bergerak bersama jentera parti melaksanak­an projek demi projek dalam usaha mengangkat nama DUN Demak Laut.

Meskipun dikatakan masih baharu dalam arena politik, namun faktor tersebut tidak menjadi alasan kepada beliau untuk tidak bersama rakyat sebaliknya menganggap ia sebagai cabaran dalam membantu dan memperjuan­gkan keutamaan rakyat.

Dr Hazland antara muka lama yang terawal diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai calon kekal bertanding di kawasan DUN Demak Laut pada PRN nanti.

Keputusan yang diumumkan pada Ogos lalu ternyata menjadi suntikan semangat di samping memberi kelebihan awal kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam meneruskan legasi pentadbira­n BN Sarawak di negeri ini.

Sokongan padu rakyat menjadi pemangkin kepada usaha keras semua pihak terutama Dr Hazland untuk terus memperjuan­gkan pembanguna­n melibatkan kemudahan infrastruk­tur dan perumahan.

Pelbagai pembaharua­n dan perubahan dapat dilihat sejak beliau menyandang jawatan wakil rakyat dalam tempoh satu penggal dan kini fokus utama tertumpu kepada pembanguna­n sosioekono­mi rakyat.

Mengambil kira rekod PRN lalu, Dr Hazland dianggap sebagai calon yang boleh memberi kemenangan kepada BN sekali gus mengekalka­n kerusi PBB berdasarka­n perspektif pengundiny­a.

Dr Hazland telah memenangi PRN 2011 dengan majoriti 3,605 undi mengalahka­n calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Hossen Abang dalam pertanding­an dua penjuru.

Banyak pembanguna­n telah dilaksanak­an dari segi infrastruk­tur, kemudahan dan perkhidmat­an di kawasan itu demi kepentinga­n rakyat. pembanguna­n di sini, termasuk Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjong Bako yang menelan kos lebih RM230 juta.

Pembinaan depot perikanan tersebut pasti memberi lebih banyak manfaat kepada golongan nelayan di seluruh Kuching khususnya penduduk di kawasan DUN Demak Laut.

Projek yang kini sudah memasuki 30 peratus proses pembinaan dijangka siap pada 2017 sejak dimulakan Julai 2014 yang dijadikan sebagai pusat komersial kepada lebih 2,000 nelayan di Kuching.

Menurut Dr Hazland, kemudahan tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada golongan nelayan malah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain menceburi bidang perniagaan.

“Depot tersebut turut dilengkapi restoran dan kedai di samping sebagai pusat komersial perikanan.

“Bukan itu sahaja, pelabuhan perikanan itu nanti sudah pasti menjadi mercu tanda di kawasan DUN Demak Laut,” katanya.

Beliau berharap pelabuhan itu dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada nelayannel­ayan di Sarawak khasnya di Kuching.

Apa yang pasti, DUN Demak Laut akan terus dilimpahi dengan pembanguna­n dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, pembinaan jambatan Sungai Bako yang dinanti-nanti oleh penduduk sekitar akhirnya menjadi kenyataan apabila projek yang menelan kos RM53 juta tersebut bakal dimulakan dalam bulan ini (Januari).

Ibarat impian menjadi realiti apabila Kampung Bako yang dipisah oleh sungai akan dapat dihubungka­n tanpa perlu mengharung­i jalan air dengan adanya laluan utama yang menghubung ke bandar raya Kuching.

Dr Hazland percaya ia akan menjadi pemangkin utama pertumbuha­n dan pembanguna­n ekonomi di kawasan berkenaan serta memberi manfaat kepada kira-kira 500 keluarga atau 3,000 penduduk Kampung Bako yang selama ini terpaksa menggunaka­n bot-bot kecil sebagai pengangkut­an utama untuk ke seberang.

Beliau berkata projek pembinaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri itu adalah bukti usaha berterusan kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri dalam memperjuan­gkan kepentinga­n penduduk tempatan.

Sementara itu, isu perumahan di kawasan DUN Demak Laut sering menjadi topik utama dalam perancanga­n pelan pembanguna­nnya, malah dijadikan perkara utama untuk diselesaik­an termasuk melaksanak­an proses penyukatan tanah, penyerahan geran hak milik dan penstruktu­ran semula perkampung­an tradisi.

Akhirnya perumahan kos rendah dibina di kawasan yang dikenal pasti untuk mengatasi masalah penempatan penduduk yang tidak memiliki geran tanah yang sah.

Terkini projek pembinaan tiga blok pangsapuri kos rendah oleh Kementeria­n Perumahan dijalankan di kawasan Kampung Tabuan Selipar Putus yang mampu menampung lebih 300 keluarga di sekitar kawasan Tabuan Melayu.

“Ia merangkumi penduduk kampung yang tidak mempunyai surat hak milik tanah dan mereka akan dipindahka­n ke blok kediaman itu secara berperingk­at dalam tempoh dua hingga tiga tahun, manakala 1,000 unit rumah Mesra Rakyat sedang dibina di kawasan Muara Tebas, “kata Dr Hazland.

Bagaimanap­un pembanguna­n tidak hanya tertumpu pada projek mega tetapi projek kecil turut tetap dilaksana membabitka­n peruntukan RM7.5 juta merangkumi pelbagai projek termasuk Projek Infrastruk­tur Awam (PIA) dan Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS) yang dibahagika­n kepada 20 kampung di kawasan DUN Demak Laut.

Persiapan PRN

Jentera PBB Demak Laut kini bersedia sepenuhnya menghadapi PRN 2016 setelah Dr Hazland dikekalkan untuk mempertaha­n kerusi DUN itu yang disifatkan sebagai salah satu kubu kuat BN.

Malah dengan pertambaha­n 3,800 pengundi menjadikan jumlah keseluruha­n seramai 14,101 pengundi setakat Januari 2016 di kawasan itu.

Peningkata­n itu disifatkan petanda baik dan diyakini menghasilk­an keputusan yang lebih baik sekali gus memberi kemenangan besar kepada BN.

Ternyata sokongan rakyat semakin padu dan mereka faham dengan corak kepimpinan Dr Hazland dalam mengetuai pentadbira­n di kawasan itu.

Seorang penghulu kampung di DUN Demak Laut, Jarawi Lias berkata kepimpinan Dr Hazland di kawasan itu sangat memuaskan.

Malah katanya, keputusan Ketua Menteri untuk mengekalka­n Dr Hazland bertanding di kawasan Demak Laut adalah tepat bagi meneruskan khidmatnya kepada masyarakat di situ.

“Kita amat bersyukur dan gembira kerana beliau merupakan seorang yang berdedikas­i dalam menjalanka­n tugas selaku wakil rakyat.

“Dia (Hazland) tidak banyak cakap tetapi lebih melakukan kerja dan sebab itu beliau digemari penduduk di kawasan ini serta banyak membawa perubahan,” katanya.

Sementara itu Ketua Kaum Kampung Tabuan Haji Drahman Wan Saifudin Wan Kassim, 60, berharap masyarakat di DUN Demak Laut terus memberi sokongan kepada Dr Hazland pada PRN akan datang.

Menurutnya, pelbagai pembaharua­n dilakukan di kawasan berkenaan terutama dalam pembanguna­n kemudahan infrastruk­tur.

“Kami sentiasa berharap beliau dapat mengekalka­n kemenangan di sini sekali gus terus membawa pembanguna­n,” katanya.

Terbukti Dr Hazland terus diberi peluang untuk berkhidmat selaku wakil rakyat untuk penggal seterusnya.

 ??  ??
 ??  ?? PEMBANGUNA­N: Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyaksika­n replika jambatan Sungai Bako yang akan menghubung­kan Kampung Bako yang terpisah oleh sungai. PRIHATIN: Dr Hazland menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Goebilt.
PEMBANGUNA­N: Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyaksika­n replika jambatan Sungai Bako yang akan menghubung­kan Kampung Bako yang terpisah oleh sungai. PRIHATIN: Dr Hazland menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Goebilt.
 ??  ?? DR HAZLAND Dr Hazland ketika ditemui barubaru ini berkata antara projek besar sedang dilaksanak­an untuk meningkatk­an
lagi
DR HAZLAND Dr Hazland ketika ditemui barubaru ini berkata antara projek besar sedang dilaksanak­an untuk meningkatk­an lagi
 ??  ?? JARAWI
JARAWI
 ??  ?? WAN SAIFUDIN
WAN SAIFUDIN
 ??  ?? MERCU TANDA: Kompleks Pelabuhan Perikanan LKIM yang dibina di Tanjong Bako mampu memberi impak yang besar kepada penduduk di sekitar kawasan DUN Demak Laut dalam sektor tersebut.
MERCU TANDA: Kompleks Pelabuhan Perikanan LKIM yang dibina di Tanjong Bako mampu memberi impak yang besar kepada penduduk di sekitar kawasan DUN Demak Laut dalam sektor tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia