Utusan Borneo (Sarawak)

PEMILIHAN ATLET SELEPAS MAC

Latihan intensif, tetapkan sasaran baharu pingat emas pastikan Sarawak bergelar juara

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pemilihan atlet untuk mewakili kontinjen Sarawak pada Sukan Malaysia Ke-18 (SUKMA XVIII) dilakukan selepas Mac hanya kira-kira empat bulan sebelum temasya berprestij negara itu bermula pada 22 hingga 31 Julai ini.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata latihan intensif kemudian akan bermula selepas itu sekali gus menetapkan sasaran baharu pungutan pingat emas yang perlu dicapai berbanding 72 pingat emas yang disasar sebelum ini.

“Kita sekarang dalam fasa kedua latihan sehingga Mac ini... selepas itu kita akan memilih atlet- atlet untuk mewakili kontinjen Sarawak dan terus memfokuska­n kepada latihan intensif.

“Pada masa sama, kita juga akan membuat sasaran baharu pungutan pingat emas yang perlu dicapai untuk bergelar juara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Persatuan Sukan Sarawak di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Lucas Kalang Laeng.

Mengulas mengenai persiapan persatuan-persatuan sukan dalam menyediaka­n atlet masing- masing, Lee berkata hanya sebilangan daripadany­a memuaskan.

Sehubungan itu, beliau berkata akan terus meman-

“Kita sekarang dalam fasa kedua latihan sehingga Mac ini... selepas itu kita akan memilih atlet-atlet untuk mewakili kontinjen Sarawak dan terus memfokuska­n kepada ” latihan intensif. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan

tau persiapan persatuanp­ersatuan terbabit agar dapat menyediaka­n atlet-atlet berpotensi untuk mewakili kontinjen negeri.

“Hanya sebilangan per- satuan yang ‘ok’ manakala yang masih lemah akan kita menilaikan masalahnya dan membantu mereka mengatasin­ya,” kata Lee.

Beliau turut menegaskan agar setiap persatuan sukan harus mempunyai komitmen yang tinggi untuk melatih atlet-atlet masing-masing bagi memastikan kontinjen negeri dapat menyertai semua acara yang dipertandi­ngkan.

“Sebagai kontinjen tuan rumah, kita harus mempunyai fokus yang tinggi untuk memenangi banyak pingat dan bergelar juara,” katanya.

Sarawak adalah tuan rumah bagi SUKMA 2016 dengan mempertand­ingkan sebanyak 24 acara iaitu angkat berat, akuatik, badminton, berbasikal, boling padang, bola sepak, bola tampar dewan, gimrama dan gimnastik artistik, tinju, golf, hoki dan karate.

Selain itu sepak takraw, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, petanque, perahu layar, tenis, skuasy, tenpin boling, taekwondo dan wushu.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA KUMPULAN B: Skuad Bintulu di bawah bimbingan Mohd Farhan (berdiri kanan) bersedia menghadapi lawan perlawanan separuh akhir.
JUARA KUMPULAN B: Skuad Bintulu di bawah bimbingan Mohd Farhan (berdiri kanan) bersedia menghadapi lawan perlawanan separuh akhir.
 ??  ?? SEDIA: Lee (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Persatuan Sukan Sarawak di Kuching semalam.
SEDIA: Lee (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Persatuan Sukan Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia