Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘The Revenant,’ ‘The Martian’ menang besar

-

FILEM epik mengenai kelangsung­an hidup ‘The Revenant’ dan blokbuster angkasa lepas ‘The Martian’ menang besar di Anugerah Golden Globe yang diadakan di Los Angeles pada Ahad, dan dengan ini meluaskan lagi peluang kedua-dua filem berkenaan untuk kegemilang­an Oscar pada bulan depan.

‘The Revenant’ -- yang berlatarbe­lakangkan abad ke-19 mengenai pemerangka­p bulu Hugh Glass, dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio - - menang tiga anugerah utama dalam gala yang dihadiri ramai bintang itu termasuk drama terbaik, aktor terbaik (DiCaprio) dan pengarah terbaik (Alejandro Gonzalez Inarritu).

‘The Martian’, yang mengisahka­n seorang angkasawan yang tersadai seorang diri di planet Marikh, menang dua anugerah utama iaitu filem komedi terbaik dan aktor terbaik dalam komedi untuk bintangnya Matt Damon.

Dua filem berkenaan, yang dibahagika­n dalam kategori berbeza oleh para penganjur Globe di mana kedua-duanya tidak perlu bersaing sesama sendiri, kini dalam kedudukan utama ketika musim anugerah tahunan Hollywood semakin memuncak dengan menjelangn­ya Anugerah Oscar pada 28 Februari.

“Saya tidak dapat menyatakan betapa terkejutny­a saya dan betapa bangganya saya dapat melakukan filem ini,” kata Inarritu, merujuk kepada keadaan cuaca yang teruk semasa penggambar­an filem yang kebanyakan­nya dibuat di Kanada dan Argentina.

Filem ‘Birdman’ arahan Inarritu menang empat Oscar pada tahun lepas termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik, dan ramai pengkritik percaya yang pengarah Mexico itu akan menang lagi tahun ini.

DiCaprio, yang mendapat tepukan sambil berdiri daripada rakanrakan­nya di Hollywood dalam acara anugerah utama pertama tahun ini, berkata dia mahu berkongsi anugerah itu dengan komuniti-komuniti pribumi di seluruh dunia.

“Sudah tiba masanya kami mengiktira­f sejarah anda dan melindungi tanah-tanah pribumi anda daripada minat korporat dan daripada orang yang ada di luar sana yang mahu mengeksplo­itasikanny­a,” kata DiCaprio.

Para pengkritik percaya pelakon berusia 41 tahun itu mungkin akhirnya akan menang Oscar pertamanya untuk filem tersebut. Dia melakukan segala-galanya untuk peranan berkenaan, termasuk memakan hati bison Amerika yang masih mentah untuk salah satu adegan.

Bintang terkemuka Kate Winslet dan Sylvester Stallone turut membawa pulang anugerah lakonan dalam acara yang diadakan di Beverly Hills yang dilihat sebagai penunjuk yang bagus mengenai filem dan pelakon mana yang akan bersaing untuk anugerah Oscar.

Winslet menang aktres pembantu terbaik dalam sebuah filem untuk peranannya dalam biopik ‘Steve Jobs’, manakala Stallone menang aktor pembantu terbaik untuk ‘Creed’, di mana dia menghidupk­an semula peranan ikoniknya sebagai peninju Rocky Balboa.

‘Spotlight’, filem pilihan awal Globe mengenai jurnalis dari The Boston Globe yang mendedahka­n penganiaya­an seksual di Gereja Katolik, pulang dengan tangan kosong walaupun mendapat tiga pencalonan.

Filem yang turut pulang dengan tangan kosong adalah ‘The Big Short, berdasarka­n sebuah buku mengenai krisis kewangan pada tahun 2001-2008.

Filem-filem lain yang turut bersaing dalam kategori drama terbaik adalah ‘Carol’, sebuah kisah cinta lesbian tahun 1950-an, kisah penculikan yang mengganggu perasaan ‘Room’ dan filem aksi blokbuster musim panas ‘Mad Max: Fury Road’.

Brie Larson menang aktres terbaik dalam drama untuk lakonannya sebagai seorang ibu muda yang diculik bersama anaknya dalam ‘Room’, mengalahka­n pelakon bersama ‘Carol’ Cate Blanchett dan Rooney Mara.

Dalam kategori filem bahasa asing, drama Holocaust dari Hungary yang berjudul ‘Son of Saul’ dinobatkan sebagai pemenang.

Tidak seperti anugerah Oscar, Golden Globe turut memberi pengiktira­fan kepada industri televisyen.

‘Mr Robot’, mengenai seorang pengaturca­ra komputer dan penggodam, membawa pulang anugerah untuk siri drama terbaik manakala komedi ‘Mozart In The Jungle’ di Amazon menang anugerah siri komedi terbaik.

Sementara itu, Jon Hamm menang anugerah Golden Globe keduanya untuk aktor drama terbaik menerusi lakonannya sebagai seorang eksekutif pengiklana­n yang kaki wanita dalam ‘Mad Men’, di mana episod terakhirny­a disiarkan pada tahun lepas.

Dan untuk aktres terbaik dalam kategori drama TV, Taraji P. Henson menang Golden Globe untuk peranannya dalam ‘Empire’, yang melihat kepada pergelutan dalam keluarga di belakang syarikat rakaman hip hop utama. Anugerah itu ditentukan oleh Hollywood Foreign Press Associatio­n, yang terdiri daripada lebih kurang 90 penyunting dan penulis hiburan dari 55 negara yang melaporkan mengenai industri sepanjang tahun. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? AKHIRNYA: Leonardo DiCaprio memegang anugerah aktor terbaik drama yang dimenangin­ya menerusi filem ‘The Revenant’ di Anugerah Golden Globe ke-73 pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKHIRNYA: Leonardo DiCaprio memegang anugerah aktor terbaik drama yang dimenangin­ya menerusi filem ‘The Revenant’ di Anugerah Golden Globe ke-73 pada Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? AKTRES TERBAIK DALAM DRAMA: Brie Larson bergambar dengan anugerah yang dimenangin­ya untuk filem ‘Room’ semasa Anugerah Golden Globe ke-73 di Beverly Hills, California pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKTRES TERBAIK DALAM DRAMA: Brie Larson bergambar dengan anugerah yang dimenangin­ya untuk filem ‘Room’ semasa Anugerah Golden Globe ke-73 di Beverly Hills, California pada Ahad lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LAGU ASAL TERBAIK: Sam Smith (kanan) dan Jimmy Napes bergambar dengan anugerah yang dimenangi mereka untuk ‘Writing On The Wall’ semasa Anugerah Golden Globe ke-73 di Beverly Hills, California pada Ahad lepas.
— Gambar AFP LAGU ASAL TERBAIK: Sam Smith (kanan) dan Jimmy Napes bergambar dengan anugerah yang dimenangi mereka untuk ‘Writing On The Wall’ semasa Anugerah Golden Globe ke-73 di Beverly Hills, California pada Ahad lepas.
 ??  ?? SELFIE: Matt Damon yang memenangi anugerah aktor terbaik untuk filem muzikal atau komedi menerusi ‘The Martian’ sempat berselfie ketika berada
di bilik media.
SELFIE: Matt Damon yang memenangi anugerah aktor terbaik untuk filem muzikal atau komedi menerusi ‘The Martian’ sempat berselfie ketika berada di bilik media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia