Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar anak ikut nama bapa

Ini penting bagi pastikan anak-anak tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai ibu dan bapa

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

“Di bawah Seksyen 11, kedua-dua ibu dan bapa bayi perlu membuat akuan sumpah di Pejabat Daerah bagi mendapatka­n sijil kelahiran bayi meskipun ” pasangan itu belum berkahwin. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

MIRI: Pasangan remaja yang melahirkan anak sama ada sudah bernikah atau sebaliknya harus mendaftark­an anak mereka mengikut nama bapa di bawah Seksyen 11, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata ini penting bagi memastikan anak-anak terbabit tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai ibu dan bapa.

“Di bawah Seksyen 11, kedua- dua ibu dan bapa bayi perlu membuat akuan sumpah di Pejabat Daerah bagi mendapatka­n sijil kelahiran bayi meskipun pasangan itu belum berkahwin,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat Sehenti Remaja Hamil Sarawak (OSTPC) di sini, semalam.

Menurutnya, bagi pasangan beragama Islam nama bayi tidak boleh diletakkan atas nama bapa pada surat kelahiran namun nama bapa hanya boleh diletakkan pada surat akaun sumpah.

“Bagi bayi beragama Islam tidak boleh dinasabkan (bin atau binti) kepada bapa tetapi di atas dokumen akuan sumpah, nama bapa boleh dil- etakkan sebagai maklumat,” katanya.

Fatimah memberitah­u, perkara ini perlu didedahkan kepada ibu bapa yang menerima rawatan di klinik atau hospital agar tidak menyusa- hkan masa depan anak-anak mereka.

Katanya, OSTPC telah ditubuhkan di semua daerah dengan tujuan memberi bantuan kepada ibu remaja hamil sehingga selamat melahirkan anak.

Beliau berkata Sarawak berada pada tangga kedua selepas Sabah statistik kes kehamilan tertinggi melibatkan remaja di Malaysia.

“Bagaiamana­pun, kita ber- jaya mengurangk­an statistik kehamilan remaja iaitu daripada 3,401 kes pada 2014 kepada 2,663 kes sehingga November tahun lalu dengan penurunan sebanyak 19 peratus,” katanya.

Tambahnya, bagi OSTPC dari 157 kes yang dicatatkan sehingga November lalu sebanyak 85 berjaya diselesaik­an.

“Penurunan statistik kehamilan remaja itu adalah hasil kerjasama semua pihak mengadakan kempen kesedaran melibatkan agensi- agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan,” jelasnya.

OSTPC melibatkan pelbagai agensi dan jabatan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Wanita, Jabatan Agama, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftara­n dan Jabatan Pendidikan.

“Bila kes dibangkit khasnya kes rumit, ahli-ahli akan duduk semeja dan berbincang.

“Semua masalah diselesaik­an dalam mesyuarat. Kita juga mahu masalah diselesai dalam masa cepat,” jelas Fatimah.

Antara bantuan yang diberi ialah pendaftara­n bayi, proses anak angkat, bantuan bulanan serta kemahiran.

Fatimah menambah, isu remaja hamil harus mendapat perhatian serius kerana memberi implikasi besar terhadap pembanguna­n institusi keluarga dan sosial.

 ??  ??
 ??  ?? TAKLIMAT: Fatimah (empat kanan) bersama peserta menghadiri taklimat kesedaran pencegahan kehamilan remaja di Miri semalam.
TAKLIMAT: Fatimah (empat kanan) bersama peserta menghadiri taklimat kesedaran pencegahan kehamilan remaja di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia