Utusan Borneo (Sarawak)

Rampas kerusi pembangkan­g

Kekuatan PBB adalah yang terbaik berbanding parti lain

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Misi utama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri(PRN) akan datang ialah merampas kembali kerusi milik pembangkan­g dan meneruskan pemerintah­an di negeri ini.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) dan Menteri Muda Pembanguna­n Belia ( Luar Bandar) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata kekuatan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah yang terbaik berbanding parti-parti lain.

Menurutnya, PBB mempunyai 35 anggota dalam Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang memenangi kerusi masing-masing pada PRN lalu.

“Untuk membuktika­n ba- hawa PBB terus kukuh, kita (BN) perlu memenangi dua pertiga kerusi bagi menubuhkan semula kerajaan.

“Namun, untik membentuk kerajaan kita perlu memenangi sekurang-kurangnya 55 kerusi daripada 82 kerusi dipertandi­ngkan.

“Dalam kita usaha merealisas­ikan impian itu, semangat kerjasama dan perpaduan harus dikekalkan demi men- gukuhkan keyakinan rakyat memberi kepercayaa­n kepada BN,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Taklimat Projek Pembanguna­n 2016 Peringkat DUN Saribas, Layar dan Bukit Saban kelmarin.

Setiausaha Agung PBB itu berkata senario terkini politik negeri ini memberi gambaran baik dan pada PRN akan datang, menyaksika­n per- ebutan 82 kerusi DUN bakal dipertandi­ngkan.

“Dalam situasi terburuk sekalipun BN dilihat mampu menguasai 63 kerusi manakala dalam keadaan terbaik BN mampu menguasai 68 kerusi.

“Jika kita berjaya mengekalka­n perpaduan yang ada adalah mustahil untuk parti lain menyingkir­kan kita,” katanya.

“Untuk membuktika­n bahawa PBB terus kukuh, kita (BN) perlu memenangi dua pertiga kerusi bagi menubuhkan kerajaan.” semula Datuk Dr Stephen Rundi Utom Setiausaha Agung PBB

 ??  ??
 ??  ?? PERANGSANG: Rundi (tengah) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Betong kelmarin.
PERANGSANG: Rundi (tengah) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Betong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia