Utusan Borneo (Sarawak)

DCCI mahu konsortium Dayak dilibatkan dalam pembinaan Pan Borneo

-

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak ( DCCI) mahu Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) memberi sekurang-kurangnya satu konsortium Dayak dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum berkata dewan itu kini mempunyai lima konsortium Dayak di mana hanya satu layak untuk mengambil bahagian dalam Tahap 1 pakej pembinaan terbabit.

“Kami berharap setiap konsortium akan diberi kerjakerja yang bersesuaia­n dengan keupayaan mereka untuk melaksana dan menyempurn­akan projek itu.

“Itulah harapan dan doa kami,” kata Salang pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-14 DCCI di KTS Garden kelmarin (Sabtu).

Beliau juga menegaskan bahawa dua pakej untuk pembinaan lebuh raya telah diberikan kepada kontraktor.

Salang yang juga Ahli Parlimen Julau berkata beliau akan berjuang untuk konsortium Dayak diberi kontrak tanpa pilih kasih di peringkat kerajaan persekutua­n.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata DCCI telah menerima RM500,000 daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2015 untuk melatih fasilitato­r dan membimbing beberapa individu dalam perniagaan.

Tahun lepas, LBU katanya juga telah memberi separuh daripada RM1 juta untuk memberi DCCI bagi menjalanka­n latihan perniagaan dan ikrar aku janji baharu.

“Kami berharap dapat menggunaka­n sepenuhnya wang itu dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memberi manfaat kepada usahawan Dayak baharu dan ahli perniagaan kerana tugasan itu memerlukan panduan dan bimbingan daripada pelbagai aktiviti yang kami rancang untuk diusahakan,” katanya.

Beliau berkata ia juga akan digunakan ke atas ahli mereka untuk menggalakk­an lagi DCCI melalui pelbagai program jangkauan.

Sebelum ucapannya, beliau turut menyampaik­an sijil keahlian DCCI baharu untuk 16 ahli baharu antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Putra Sentosa Datuk Henry Harry Jinep.

Turut hadir Timbalan Presiden DCCI Kilat Beriak, Penasihat DCCI Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie, ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli biasa yang lain.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Salang (sebelas kiri) mengalu-alukan ahli-ahli baharu DCCI pada majlis berkenaan Sabtu lalu.
SELAMAT DATANG: Salang (sebelas kiri) mengalu-alukan ahli-ahli baharu DCCI pada majlis berkenaan Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia