Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu kedai telefon bimbit cedera ditumbuk

-

KUCHING: Seorang gadis tidak menyangka niatnya menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pembantu kedai dengan meminta bayaran daripada seorang pelanggan mengundang mimpi ngeri apabila ditumbuk sehingga cedera dalam kejadian di sebuah premis telefon bimbit di pasar raya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 20-an itu dikatakan bersama beberapa rakannya melayan seorang pelanggan lelaki yang datang untuk membaiki skrin telefon.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad mengesahka­n laporan berhubung kejadian itu ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, insiden ma- lang itu dipercayai berlaku apabila pelanggan itu diminta menjelaska­n bayaran sebanyak RM130 untuk caj pembaikan telefonnya kerana kerosakan itu tidak termasuk dalam syarat kad jaminan.

Berang dengan jumlah bayaran itu, pelanggan lelaki berkenaan bertindak mengoyak kad jaminan dan hanya membayar RM50 untuk perkhidmat­an itu.

Malah pelanggan itu turut mendakwa akan membayar baki selebihnya setelah telefon itu siap dibaiki.

Namun, rakan sekerja mangsa meminta bayaran penuh dan menyebabka­n pelanggan itu tidak berpuas hati lalu menyepak meja hadapan kaunter sambil berkata ‘you tahu kes di KL Lowyat’.

Menurut Roslan, pelang- gan itu kemudian menumbuk muka mangsa mengakibat­kan pendarahan pada hidung dan patah gigi.

Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital swasta untuk mendapatka­n rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Setakat berita ini ditulis, identiti suspek dikenal pasti dan polis akan mengambil tindakan segera untuk mengesan suspek lelaki itu.

Roslan turut meminta orang ramai tidak menyebarka­n fakta tidak benar terutama di dalam media sosial.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506/ 323 Kanun Keseksaan kerana mendatang ugutan jenayah serta kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia