Utusan Borneo (Sarawak)

Adam Yii diberi kepercayaa­n rampas semula kerusi Pujut

-

MIRI: Adam Yii telah diberi kepercayaa­n penuh oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut sebagai calon untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N74 Pujut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Adam, 59, yang juga pengerusi SUPP Pujut berkata, beliau bersedia menggalas tanggungja­wab besar itu selain meminta sokongan lebih 5,000 ahli cawangan bersatu dan bekerja keras memastikan kemenangan SUPP dan Barisan Nasional (BN).

Sokongan sebulat suara terhadap Adam sebagai calon Pujut telah dilaungkan bersama lebih 700 ahli pada Majlis Makan Malam Sa’ati SUPP Pujut malam kelmarin.

Dengan pengesahan Adam itu, SUPP Pujut turut melancarka­n jentera kempen pilihan raya mereka selepas penganjura­n majlis itu.

“Saya berbangga kerana dicalonkan oleh parti sebagai calon Pujut untuk pilihan raya akan datang. Saya sedia, dapat dan sanggup berkhidmat kepada parti dan rakyat,” jelas Adam. Pada PRN 2011, calon BN Andy Chia tewas mempertaha­n kerusi Pujut (sebelum ini ADUN N64 Pujut) kepada calon parti lawan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Fong Pau Teck yang sekarang berkempen sebagai calon bebas.

Turut mengalami kekalahan ialah kerusi N63 Piasau diwakili oleh bekas Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kepada calon DAP yang diwakili oleh ADUN Piasau sekarang Alan Ling.

Kekal mempertaha­nkan kerusi DUN BN di Miri iaitu N65 Senadin ialah Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin yang juga merupakan naib presiden SUPP.

“Saya berharap semua ahli kita akan bekerjasam­a memulihkan objektif parti melindungi Sarawak, menjaga keamanan, keharmonia­n serta kemajuan kepada semua rakyat Sarawak.

“Dengan penyatuan semua 5,000 ahli di Pujut, kita pasti dapat memenangi semula kerusi Pujut,” kata Adam.

Menurut Adam, sejak bersama parti selama lebih 25 tahun, beliau sedar SUPP mempunyai sejarah panjang dan peranan besar dalam pembanguna­n politik dan sosial negeri ini sejak menganggot­ai rakan komponen kerajaan negeri pada 1970 dan BN pada 1972.

“Prestasi kita cemerlang dan menang setiap kali pilihan raya. Tetapi sejak 2006, pencapaian kita menurun. Kita mula kalah dalam pilihan raya.

“Selain faktor dalaman dan cabaran, penyebab utama penurunan pencapaian kita ialah perpecahan di pucuk pimpinan yang meresap sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Di bawah kepimpinan Presiden Datuk Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kehormat Datuk Sebastian Ting, SUPP berazam bekerja keras menghidupk­an semula parti demi manfaat semua rakyat Sarawak.

SUPP kembali berpegang kepada prinsip asal parti iaitu mempertaha­nkan hak rakyat, menjadi suara rakyat serta melindungi Sarawak.

Turut hadir pengerusi penganjur yang juga Timbalan Pengerusi SUPP Pujut Albert Sim, Penasihat SUPP Pujut Andy Chia, Chong Kuon Kee, Setiausaha SUPP Pujut Chin Fook Kim, jawatankua­sa ranting Krokop dan ahliahli SUPP Pujut termasuk Pemuda dan Wanita.

 ??  ?? TERIMA: Adam Yii berucap menerima pencalonan beliau oleh SUPP Pujut sebagai calon di kerusi N74 Pujut pada Majlis Makan Malam Sa’ati malam kelmarin.
TERIMA: Adam Yii berucap menerima pencalonan beliau oleh SUPP Pujut sebagai calon di kerusi N74 Pujut pada Majlis Makan Malam Sa’ati malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia