Utusan Borneo (Sarawak)

Semawi sedia berdepan legasi Gramong, wakili PKR di Machan

-

MIRI: Ahli muda PKR yang semakin disebut-sebut namanya sejak kebelakang­an ini, Semawi Paong, 38, bersedia berdepan dengan legasi Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Muda Pelanconga­n Sarawak merangkap penyandang kerusi Machan selama lapan penggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Legasi yang dicanang orang ramai adalah anak Gramong, iaitu Allan Siden Gramong, disebut-sebut sebagai pengganti ayahnya dan bakal calon berpotensi mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.

Dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo di sini semalam, Semawi memberitah­u bahawa beliau tidak pernah membayangk­an bertanding dalam pilihan raya namun atas permintaan dan sokongan ramai khususnya masyarakat di Machan, beliau bersedia berdepan laluan sukar tersebut.

Sambil menambah, beliau tidak memandang rendah bakal lawannya, sama ada Allan atau Gramong sendiri dicalonkan kelak, beliau berusaha melaung dan memperjuan­gkan agenda politik PKR untuk masyarakat di Machan.

Semawi dalam kenyataan- nya memberitah­u, selain isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) yang masih menjadi isu panas di Machan, lebih-lebih lagi tuntutan untuk ‘Pulau Galau’ dan ‘Pemakai Menua’, beliau turut memperjuan­g isu berkaitan pembanguna­n dan kemiskinan di samping isu berkaitan sumber asli seperti balak.

“Selain itu antara isu akan dibangkit PKR di Machan ialah isu berkaitan pembanguna­n yang masih ketinggala­n menyebabka­n tiada peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan anak muda.

“Tidak ketinggala­n isu berkaitan kemudahan asas, masih belum diperoleh di beberapa kawasan dan rumah panjang di Machan seperti isu berkaitan bekalan air bersih dan elektrik,” jelasnya.

Dakwanya hasil sokongan kuat penduduk setempat khususnya belia dan generasi baharu yang mahukan perubahan dan menuntut pembanguna­n yang lebih setelah dikecewa kerajaan dan penyandang­nya selama lebih 35 tahun.

Jika Semawi yang ketika ini bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas di Miri, bertanding pada PRN akan datang, ia menyaksika­n ‘pertarunga­n’, sengit di DUN Machan.

Ini kerana penyandang selama lapan penggal sebelum ini, Gramong disifatkan sebagai salah seorang gergasi BN yang amat digeruni di Machan dan sukar untuk ditentang dan acap kali mendapat sokongan padu penduduk dan pengundi Machan yang setia dengan BN dan kerajaan.

Namun perubahan pola pengundi serta corak sokongan terutama golongan muda berusia 20 hingga 45 tahun, serta segelintir golongan berusia 50 tahun ke atas ‘kecewa’ kerana terus terpinggir.

Menjelaska­n lanjut, Semawi sendiri mengakui pertarunga­n kali ini umpama ‘buku bertemu ruas’ menyaksika­n langkah sukar PKR berusaha memenangi hati pengundi di salah sebuah kubu kuat BN di tengah Sarawak.

Sementara itu, Semawi meskipun masih bertugas di sini, namun kerap balik ke kampung halamannya di Ulu Machan dan sudah memulakan kempen di Machan sejak akhir-akhir ini, terutama selepas pertemuan beliau dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 ??  ?? LAMPU HIJAU: Semawi (kanan) ketika bertemu dengan Nurul Izzah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
LAMPU HIJAU: Semawi (kanan) ketika bertemu dengan Nurul Izzah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia