Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera PBB Cawangan Sebuyau sedia hadapi PRN

-

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sebuyau bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri ( PRN) akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Datuk Julaihi Narawi berkata, kesemua jentera parti di setiap zon dan ranting tidak mempunyai masalah untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.

“Kita adakan mesyuarat pada hari ini ( kelmarin) bersama ahli jawatankua­sa PBB cawangan, zon dan ranting PBB Sebuyau untuk mengetahui perkembang­an terkini dalam persiapan kita menghadapi PRN nanti.

“Hasil mesyuarat, kita amat yakin dapat mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sebuyau dengan majoriti yang bertambah,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut di Bilik Mesuyarat Pejabat Daerah Sebuyau kelmarin.

Malah, beliau turut mendedahka­n bahawa tiada isu berkaitan persiapan jentera parti yang boleh menjejaska­n prestasi PBB di kawasan itu.

Selain itu, Julaihi turut menjangkak­an jumlah pengundi yang turun mengundi akan bertambah pada PRN akan datang ekoran penambahba­ikan sistem perhubunga­n di kawasan itu.

“Kalau dahulu kebanyakan kawasan atau kampung masih menggunaka­n sistem pengangkut­an air tetapi sekarang jalan raya sudah dibina dan ia pasti memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengundi keluar mengundi pada pilihan raya nanti,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata kemudahan jentera parti juga ditingkatk­an untuk menghadapi PRN nanti.

“Saya berharap pengundi di kawasan Sebuyau ini menjalanka­n tanggungja­wab dengan bijak dan apa yang penting adalah turunlah mengundi nanti,” ujarnya.

 ??  ?? BINCANG: Julaihi mempengeru­sikan mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa PBB Cawangan Sebuyau di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau kelmarin.
BINCANG: Julaihi mempengeru­sikan mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa PBB Cawangan Sebuyau di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia