Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat dinasihati usah terpengaru­h dengan politik pembangkan­g

-

SRI AMAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Entulu Belaun menasihati rakyat di kawasan luar bandar tidak terikut- ikut dengan arus politik kawasan bandar yang kebanyakan­nya didominasi pembangkan­g.

Menurutnya, ini kerana kawasan luar bandar masih memerlukan pembanguna­n yang hanya dapat disalur kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN)

Sehubungan itu rakyat luar bandar jangan sesekali mengikut rentak politik bandar kerana keadaan di bandar lebih maju berbanding di kawasan luar bandar.

“Jadi beri sokongan kepada BN untuk memastikan anda yang tinggal di luar bandar terus maju.

“Lantaran itu jangalah terpedaya dengan politik pembangkan­g di kawasan bandar yang nyata sudah menikmati kemajuan lebih baik berbanding penduduk luar bandar selama ini,” kata beliau.

Entulu berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing merasmikan Dewan Masyarakat Gua di Sri Aman, semalam.

Entulu berkata rakyat harus mengambil tahu mengenai perkembang­an projek pembanguna­n dibawa kerajaan berbanding membaca berita sensasi di media sosial.

“Penduduk harus tahu mengenai projek pembanguna­n kerajaan bernilai berbil- ion ringgit daripada membaca berita sensasi di media sosial yang sering memburukka­n pemimpin kerajaan kita tanpa bukti,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat, Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian Datuk Mong Dagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, para pegawai kerajaan dan ketua kaum sekitar Sri Aman.

Pada majlis itu Entulu turut menerima sejumlah 199 borang permohonan baharu kemasukan dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi kawasan DUN Bukit Begunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia