Utusan Borneo (Sarawak)

Adenan menyerikan Majlis Agenda DBKU 2016

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mengadakan Majlis Agenda DBKU 2016 bermula 15 hingga 17 Januari ini di pekarangan letak kereta Sukma Ria, Jalan Sultan Tengah dekat sini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan turut dihadiri oleh Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap menteri bertanggun­gjawab terhadap DBKU Datuk Daud Abdul Rahman.

Hadir sama Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Bertemakan ‘ Perpaduan dan Kekeluarga­an’, Majlis Agenda DBKU 2016 menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan dan manfaat semua lapisan masyarakat.

Antaranya ialah Program BandarayaK­U Berselawat, ekspo dan pameran yang disertai oleh agensi kerajaan ( negeri dan persekutua­n), pihak swasta serta NGO dan komuniti yang terlibat dengan inisiatif Kejiranan Mesra DBKU.

Selain itu ialah aktiviti sukan dan hiburan serta Program Kuiz Agenda yang menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Perodua Axia yang ditaja oleh Syarikat Ismaco.

Majlis Agenda DBKU yang diadakan sejak 2012 merupakan sebuah program berbentuk ‘ INFOTAINME­NT’ yang menjadi platform untuk DBKU beramah mesra dengan masyarakat serta komuniti setempat.

Ia juga satu saluran untuk DBKU berkongsi dengan masyarakat tentang segala perancanga­n DBKU yang telah, sedang dan akan dilakukan dalam mentadbir bandar raya Kuching.

 ??  ?? KEBANGGAAN: Adenan melihat salah sebuah piala yang dimenangi DBKU menerusi salah satu acara berprestij yang disertai. PAMERAN: Antara gerai-gerai pameran yang dibuka sempena Majlis Agenda DBKU 2016 yang diadakan bermula 15 hingga 17 Januari ini di...
KEBANGGAAN: Adenan melihat salah sebuah piala yang dimenangi DBKU menerusi salah satu acara berprestij yang disertai. PAMERAN: Antara gerai-gerai pameran yang dibuka sempena Majlis Agenda DBKU 2016 yang diadakan bermula 15 hingga 17 Januari ini di...
 ??  ?? RASMI: Adenan menyempurn­akan perasmian Majlis Agenda DBKU 2016 sambil disaksikan tetamu kehormat lain. Turut kelihatan isteri Adenan, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu (dua kiri).
RASMI: Adenan menyempurn­akan perasmian Majlis Agenda DBKU 2016 sambil disaksikan tetamu kehormat lain. Turut kelihatan isteri Adenan, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia