Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan amal gaya hidup berpuak: Fatimah

Ia boleh jejas keharmonia­n, perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama di Sarawak

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan untuk tidak mengamalka­n gaya hidup berpuak kerana boleh menjejaska­n keharmonia­n dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang memberitah­u bahawa keharmonia­n dan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama harus dipertahan­kan.

“Kita harus bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia di negeri ini kerana keunikan dan perbezaan antara kita tidak menjadi penghalang untuk kita hidup bersatu padu, harmoni dan aman tanpa ada perasaan berpuak-puak.

“Inilah yang kita perlu pertahanka­n dan hari ini (semalam) saya gembira melihat masyarakat India di sini dapat bersama-sama menyambut Pesta Menuai Ponggal yang turut disertai masyarakat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Menuai Ponggal di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Pada masa sama Fatimah berkata keharmonia­n dan perpaduan rakyat Sarawak turut diterjemah menerusi amalan kunjung mengunjung setiap kali musim perayaan yang diraikan secara bersama.

“Justeru, saya berharap amalan dan budaya ini dapat kita terapkan dalam diri anak-anak muda supaya ia terus dikekalkan,” tambahnya.

Terdahulu, Penaung Hindu Sangham Malaysia Majlis Negeri Sarawak Sivakumar G ketika berucap berkata, pihaknya merancang menganjurk­an Pesta Menuai Ponggal dalam skala yang lebih besar pada tahun depan.

“Kami merancang untuk

Kita harus bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia di negeri ini kerana keunikan dan perbezaan antara kita tidak menjadi penghalang untuk kita hidup bersatu padu, harmoni dan aman

” tanpa ada perasaan berpuak-puak. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

mengadakan pesta yang lebih besar pada tahun depan di Tebingan Kuching ini agar hasrat kami untuk memastikan pesta ini tercatat dalam Malaysia Book of Records dapat dicapai,” katanya.

Pesta itu semalam menyaksika­n acara memasak dan mendidihka­n susu segar dalam belanga yang diterbangk­an khas dari Kuala Lumpur.

Sebagai tambahan, peserta juga menambah beras dan gula perang bersama minyak sapi selepas susu itu mula mendidih bertujuan menandakan Ponggal dalam cara Tamil.

Ponggal merupakan Pesta Menuai Tamil yang kebiasaann­ya disambut secara besar-besaran di Semenajung Malaysia selain menjadi adat bagi kaum India untuk memberi penghormat­an menerusi upacara kesyukuran.

Hadir sama Presiden Malaysia Hindu Sangam Prabu Krispa Sindu Dassa, Kapitan Masyarakat India Kuching Lucy Linggam dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TRADISI: Fatimah menyalakan unggun api untuk memasak‘ponggal’ sambil disaksikan Lucy (kanan).
TRADISI: Fatimah menyalakan unggun api untuk memasak‘ponggal’ sambil disaksikan Lucy (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia