Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan DUN Gedong bakal berdepan cabaran pembinaan infrastruk­tur

-

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) baharu, Gedong bakal berdepan cabaran dari segi pembinaan infrastruk­tur.

Justeru ujarnya, pejabat beliau sudah mula turun padang dan meninjau keperluan pembanguna­n yang perlu dipenuhi di kawasan baharu itu.

Ia juga katanya, memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan cabaran itu dapat ditangani seterusnya diselesaik­an dengan baik.

“Bagi kawasan Simunjan, banyak lagi kampung dan jalan raya yang memerlukan penambahba­ikan dan bina baharu.

“Oleh itu saya akan memastikan peruntukan yang diberi akan diguna secara optimum agar infrastruk­tur di situ terus dibangunka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama agensi-agensi kerajaan dari Samarahan dan Simunjan di sebuah hotel di sini malam kelmarin (Sabtu).

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata bagi tujuan itu juga pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) akan digunakan dengan menitik berat kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan terbabit.

Ia penting katanya untuk mengoptimu­mkan peruntukan kerajaan dengan sebaiknya.

Menurutnya kejayaan pembanguna­n di sesuatu kawasan bukanlah disebabkan satu pihak tetapi memerlukan kerjasama padu daripada kalangan semua agensi kerajaan dan penduduk kampung.

“Bayangkan suatu hari nanti apabila kita tidak lagi bekerja dengan agensi-agensi ini dan sebagai rakyat, kita memerlukan perkhidmat­an mereka tetapi pada masa itu, budaya kerja masih sama, tiada penambahba­ikan, tiada perubahan...sudah tentu kita juga marah.

“Oleh yang demikian, tanamlah semangat pada awal tahun baharu ini un- tuk sentiasa mahu memberi perkhidmat­an terbaik dalam menjalanka­n tugas agar kita dapat memastikan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kita berada pada tahap memuaskan,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Nancy memberitah­u bahawa pembanguna­n sektor pertanian akan dipertingk­atkan lagi di kawasan Parlimen Batang Sadong dalam usaha meningkatk­an taraf ekonomi rakyat di situ.

Bagi tujuan itu jelasnya satu pelan pembanguna­n jangka pendek dan panjang sektor pertanian dirancang iaitu untuk tempoh minimum tiga tahun (2016-2018).

“Fokus utama pembanguna­n di kawasan Batang Sadong adalah pertanian.

“Oleh itu tumpuan utama kita ialah menjadikan­nya pemangkin kepada penyelesai­an menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan untuk meningkatk­an taraf pendapatan dan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Bagaimanap­un tegasnya, ia tidak bermakna pembanguna­n sektor lain akan diabaikan sebaliknya akan diteruskan seperti biasa.

“Seperti kita sedia maklum, tahun ini adalah tahun yang lebih mencabar,” katanya.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam perjumpaan itu ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan, Pejabat Daerah Simunjan, Pejabat Daerah Asajaya, Majlis Daerah Samarahan, Majlis Daerah Simunjan, Jabatan Pengairan dan Saliran Samarahan, Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, Pejabat Pertanian Samarahan dan RELA Daerah Simunjan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Nancy (duduk, empat kiri) bergambar bersama wakil setiap agensi serta jabatan. Turut kelihatan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo (duduk, empat kiri).
UNTUK ALBUM: Nancy (duduk, empat kiri) bergambar bersama wakil setiap agensi serta jabatan. Turut kelihatan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo (duduk, empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia