Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti 1Malaysia Debak menerima peruntukan RM17,000

-

DEBAK: Komuniti 1Malaysia Debak menerima peruntukan RM17,000 sebagai dana pembiayai aktiviti- aktiviti dianjurkan dan lebih proaktif dalam memperjela­skan dasar-dasar serta rancanganr­ancangan kerajaan dengan lebih meluas.

Perkara itu diumumkan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Betong Datuk Amar Douglas Unggah Embas pada Majlis Pelancaran Komuniti 1Malaysia Peringkat Debak di Dewan Perpaduan Debak, semalam.

Dalam ucapannya juga beliau berharap dengan penubuhan Komuniti 1Malaysia, satu pasukan yang bersifat kemasyarak­atan dapat dibentuk.

“Ini juga akan membolehka­n pelaksanaa­n pelbagai aktiviti yang mengambil kepentinga­n semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi di Debak,” katanya.

Beliau juga menegaskan agar biro- biro yang ditubuhkan memainkan peranan masing- masing dan lebih proaktif dalam apa jua aktiviti dengan melibatkan semua masyarakat setempat.

“Semangat sukarelawa­n atau ‘spirit of volunteeri­sm’ perlu dipupuk dan dijalankan supaya masyarakat terus kekal mengamalka­n budaya bersepakat melaksanak­an aktiviti di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau juga memberitah­u bahawa semangat perpaduan dan toleransi antara kaum juga harus disemai kerana Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, kepelbagai­an adat resam, agama dan kepercayaa­n.

Menyentuh mengenai penglibata­n dan jalinan kerjasama antara pemimpin dengan Jabatan Penerangan Malaysia, Komuniti 1Malaysia terlibat dalam proses menterjema­h dan menyebarka­n dasar serta agenda kerajaan supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayaka­n oleh rakyat melalui program penerangan yang lebih berkesan.

“Saya percaya dengan kerjasama seperti ini, segala maklumat yang tidak sahih atau fitnah walaupun remeh yang mampu memberi impak negatif dan cukup untuk mencalar imej kepimpinan kerajaan dapat ditepis,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Muhammad Razi Sitam, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat mewakili Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Maryati Oerip Marsono, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, Temenggung Piee Alwi dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Rashid Talip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia