Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpuan kepada Adenan berhubung cara selesaikan agihan kerusi

-

KUCHING: Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membayangk­an beberapa kali bahawa ia akan diadakan pada Mac tahun ini.

Bagaimanap­un isu politik yang membelengg­u dua parti komponen Barisan Nasional (BN) - Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua parti baharu ‘mesra BN’ - Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) - masih belum diselesaik­an.

Krisis dalaman membabitka­n kedua- dua parti itu membawa kepada penubuhan UPP bagi SUPP dan TERAS bagi SPDP.

Soalan popular yang ditanya kalangan rakyat Sarawak ialah bila dan adakah keduadua parti, UPP dan TERAS akan diterima menyertai BN. Jika mereka tidak diterima apakah peranan kedua-dua parti itu dalam PRN akan datang, yang penggalnya tamat pada 20 Jun 2016.

Semua mata kini tertumpu kepada Adenan, bagaimana beliau yang juga pengerusi BN Sarawak akan menyelesai­kan perkara itu tetapi Adenan berkata beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya selepas beliau memberi peluang yang cukup kepada pemimpin keempatemp­at parti menyelesai­kan perkara itu.

Soalan lain yang diaju, jika UPP dan TERAS diterima ke dalam BN adakah SUPP dan SPDP bersedia bertolak ansur dalam pembahagia­n kerusi.

Juga menjadi spekulasi, siapa yang akan mendapat 11 kerusi baharu, atau lebih tepat enam kerusi kerana Adenan telah menyatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) yang dipimpinny­a akan mendapat lima daripada 11 kerusi berkenaan.

Kerusi dan calon yang melobi telah semakin kuat di akar umbi, terutama di kawasan kerusi baharu serta kerusi yang menjadi pertikaian antara SUPP dan UPP serta antara SPDP dan TERAS.

Kedua- dua pemimpin SUPP dan SPDP telah men- yatakan secara terbuka dan berulang kali mereka tidak akan bersetuju dengan penerimaan UPP dan TERAS serta menegaskan kedua-dua parti itu tidak akan memberi manamana kerusi mereka kepada kedua-dua lawannya itu.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat kepada 82 daripada 71. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia