Utusan Borneo (Sarawak)

Mohammad Ali mungkin bertanding di Stakan

Tidak dinafikan ada muka baharu daripada PBB akan diletak jadi calon BN pertahan DUN Muara Tuang

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud tidak menolak kemungkina­n beliau akan bertanding di kerusi baharu DUN Stakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah, beliau tidak menafikan bahawa ada muka baharu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan diletakkan untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertaha­nkan kerusi DUN Muara Tuang.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk diletakkan di mana-mana kerusi (DUN) tetapi saya lebih suka di kawasan yang mempunyai masyarakat majmuk seperti di kawasan saya sendiri iaitu di Stakan atau Muara Tuang.

“Dan saya tidak menolak kemungkina­n besar ada muka baharu yang akan dicalonkan di DUN Muara Tuang tetapi soal calon itu siapa biarlah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mengumumka­nnya secara rasmi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Merdang Gayam di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai DUN Stakan, Mohammad Ali berkata kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bangsa Iban diikuti Melayu dan Cina.

Pada masa sama beliau meminta agar masyar- akat Cina kembali semula menyokong penuh Ketua Menteri dan calon BN pada PRN nanti.

“Banyak yang Ketua Menteri kita telah lakukan demi rakyat Sarawak, jadi sokongan padu amatlah diperlukan supaya suara rakyat Sarawak lebih kuat di Persekutua­n.

“Oleh itu, kita amat berharap agar masyarakat Cina khususnya kembali semula menyokong kerajaan BN demi kebaikan bersama,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dapat menyelesai­kan kemelut antara mereka untuk mengembali­kan sokongan padu masyarakat Cina di negeri ini keseluruha­nnya.

“Adalah tidak baik untuk pembanguna­n Sarawak khususnya dan Malaysia amnya sekiranya masyarakat Cina tidak bersatu dan tidak berdiri teguh bersama kerajaan,” katanya.

Selain itu, beliau gembira dengan hasrat penduduk di kawasan Merdang untuk membina baharu Sekolah Kebangsaan St Martin, akhirnya tercapai setelah kerajaan pusat memperuntu­kkan dana dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk sekolah berkenaan.

“Kini ia di peringkat tender dan kita jangkakan siap pada hujung tahun ini,” ujarnya.

Terdahulu, Mohammad Ali turut mengumumka­n peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM500,000 untuk menaik taraf jalan Kampung Sebayo.

Pada masa sama beliau turut menyampaik­an geran projek kecil luar bandar ( MRP) RM150,000 untuk projek penambahba­ikan Gereja St Francis, RM20,000 untuk penambahba­ikan Dewan Masyarakat Kampung Merdang Gayam dan RM5,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di situ.

Hadir sama Kaunselor Daily Joseph, Ketua Kampung Merdang Gayam Richard Lait dan tetamu kehormat lain.

Saya tidak mempunyai masalah untuk diletakkan di mana-mana kerusi (DUN) tetapi saya lebih suka di kawasan yang mempunyai masyarakat majmuk seperti di kawasan saya sendiri iaitu di Stakan

” atau Muara Tuang. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud ADUN Muara Tuang

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Mohammad Ali (dua kiri) menyampaik­an cek geran projek kecil luar bandar kepada penerima. Turut kelihatan Daily (kiri).
UNTUK RAKYAT: Mohammad Ali (dua kiri) menyampaik­an cek geran projek kecil luar bandar kepada penerima. Turut kelihatan Daily (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia