Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha berterusan bantu pelajar lanjut pengajian

UPP sentiasa mengalukan pelajar tanpa mengira kaum, agama mohon bantuan Tabung Pendidikan UPP

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Penubuhan Tabung Pendidikan Parti Rakyat Bersatu( UPP) merupakan usaha berterusan bagi membantu pelajar cemerlang daripada keluarga yang kurang mampu untuk melanjutka­n pengajian tinggi mereka dan bukan hanya dilaksanak­an pada pilihan raya.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, UPP sentiasa mengalu-alukan para pelajar tanpa mengira kaum dan agama, memohon bantuan Tabung Pendidikan UPP yang dilancarka­n pada Ogos tahun lepas.

“Penyampaia­n bantuan hari ini adalah kali kelapan

“Penyampaia­n bantuan hari ini adalah

“kali kelapan di seluruh negeri sejak mula diagihkan pada hujung tahun lepas.

di seluruh negeri sejak mula diagihkan pada hujung tahun lepas,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an bantuan Tabung Pendidikan UPP untuk Cawangan Bawang Assan di pejabat UPP Cawangan Bawang Assan, semalam.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti berkata, bantuan dalam pendidikan terutama dari segi kewangan merupakan satu pelaburan tidak ternilai demi masa depan yang cerah.

“Dana UPP bagi pendidikan ini walaupun bukan satu biasiswa penuh, diberi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira peringkat pembelajar­an walaupun mereka bukan pelajar cemerlang kerana kita mahu mereka kekal menimba ilmu,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bawang Assan itu berharap tabung pendidikan tersebut dapat memberi lebih banyak peluang kepada pelajar daripada keluarga yang kurang mampu untuk mendapatka­n pendidikan seterusnya mempunyai masa depan yang terjamin.

Pada majlis tersebut, seramai 144 pelajar daripada 91 keluarga telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruha­n RM100,000.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit dan ahli jawatankua­sa UPP Cawangan Bawang Assan.

Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Ganyun (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain.
CENDERAMAT­A: Ganyun (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? JAMINAN MASA DEPAN: Wong (tengah) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan Andrew Shilling (kanan).
JAMINAN MASA DEPAN: Wong (tengah) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan Andrew Shilling (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia