Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin JKKK diingat agar laksana tanggungja­wab

-

SRI AMAN: Pemimpin Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diingatkan agar melaksanak­an tanggungja­wab membangun dan memajukan rumah panjang masing-masing.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar dan Datuk Francis Harden Hollis berkata, pemimpin masyarakat perlu turun padang bersama pemimpin negeri mengadakan perbincang­an dengan masyarakat.

“Melalui perbincang­an akan memudahkan segala proses perancanga­n pembanguna­n di kawasan masing- masing,” katanya ke- tika melawat Rumah Ganyun Saludam, Kampung Temiang Undop, Batu Lintang di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang itu berkata, melalui perbincang­an bersama para pemimpin semua maklumat pembanguna­n dan masalah dapat diperolehi.

Katanya pemimpin masyarakat juga perlu seiring dengan pelaksanaa­n dasar kerajaan dan mereka perlu peka serta memahami situasi bagi memastikan setiap perancanga­n kerajaan mendapat kerjasama dan berjaya.

Beliau berharap pemimpin tempatan dapat memastikan rakyat terus menyokong kerajaan supaya semua projek pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan lancar dan teratur.

Hadir sama Pemanca Michael John Sanggop, Kaunselor Andar Suntai, Kaunselor Daniel Sawing, Penasihat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Dian serta yang lain.

Harden turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM3,000 kepada JKKK dan RM2,000 kepada Biro Wanita untuk aktiviti tahunan mereka.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Morshidi (lima kanan) bergambar kenangan bersama delegasi daripada IMF. (Berdiri dari kanan) Mohammad Annuardi, Juan Jauregui, Jeff Danforth, Alex, Souvik Gupta, Low Yew Eng dan Nooraihan Mohd Radzuan.
UNTUK ALBUM: Morshidi (lima kanan) bergambar kenangan bersama delegasi daripada IMF. (Berdiri dari kanan) Mohammad Annuardi, Juan Jauregui, Jeff Danforth, Alex, Souvik Gupta, Low Yew Eng dan Nooraihan Mohd Radzuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia