Utusan Borneo (Sarawak)

10 finalis dipilih ke peringkat akhir Kuching Got Talent

-

KUCHING: Program Kuching Got Talent sempena Majlis Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) 2016 menerima penyertaan menggalakk­an daripada para peserta.

Berlangsun­g di pentas utama Majlis Agenda DBKU di pekarangan letak kereta Sukma Ria, Jalan Sultan Tengah di sini, seramai 24 peserta menyertai program bakat ini.

Pada saingan awal diikuti dengan pusingan final semalam, kesemua peserta memberi persembaha­n yang hebat untuk bergelar juara Kuching Got Talent.

Daripada 24 peserta solo dan berkumpula­n yang menyertai program ini, hanya 10 finalis dipilih bagi peringkat akhir dan memenangi hadiah yang ditawarkan.

Sepuluh peserta akhir terdiri daripada Bonnie Tan, Kamarulzam­an, Mohd Fauzan, Funky Fone, Nur Ain Nadzirah, Eyqa Saifeeqa, Aziz Majid, WRD, Yusuf Mas dan Royanne Lee.

Menurut jurucakap program, Kuching Got Talent merupakan salah satu program berbentuk pertunjuka­n bakat bertujuan mencungkil dan mengasah bakat semula jadi peserta.

Objektif program ini adalah untuk membangkit­kan kesedaran diri peserta mengenai personalit­i diri bagi memudahkan mereka mengadapta­si diri pada bakat yang sesuai.

Johan menerima hadiah wang tunai RM500 berserta sebuah piala manakala tempat kedua hingga ketiga masing- masing menerima wang tunai RM400, RM300 juga berserta piala.

Manakala pemenang tempat keempat menerima wang tunai RM200 dan lima pemenang sagu hati masing- masing menerima RM100.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai hadir menyaksika­n program itu semalam dan seterusnya menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an.

 ??  ?? FINALIS: Sepuluh finalis yang berentap pada Kuching Got Talent selepas saingan awal melibatkan 24 peserta di pentas utama Majlis Agenda DBKU 2016 semalam.
FINALIS: Sepuluh finalis yang berentap pada Kuching Got Talent selepas saingan awal melibatkan 24 peserta di pentas utama Majlis Agenda DBKU 2016 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia