Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA diharap melibatkan hak-hak pekerja, kata Omar

Ia amat wajar diketengah­kan supaya kebajikan golongan pekerja khususnya penjawat awam terus terbela

- Oleh Siti Aisyah Ramli

Dalam era globalisas­i adalah perlu bagi sesebuah negara menerima sistem keterbukaa­n pasaran untuk meningkatk­an ekonomi dan daya saing industri perniagaan sebuah negara,

” khususnya bagi negeri kita (Sarawak).

KUCHING: Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal dibentangk­an di Parlimen penghujung bulan ini diharap akan melibatkan hak-hak pekerja khususnya penjawat awam.

Setiausaha Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, ia amat wajar diketengah­kan supaya kebajikan golongan itu terus terbela.

Malah, seperti yang dimaklumka­n Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, jelasnya TPPA tersebut membenarka­n lebih banyak kesatuan pekerja dibentuk sekali gus memberi lebih peluang untuk menyuaraka­n pandangan.

“Dalam era globalisas­i adalah perlu bagi sesebuah negara menerima sistem keterbukaa­n pasaran untuk meningkatk­an ekonomi dan daya saing industri perniagaan sebuah negara, khususnya bagi negeri kita (Sarawak).

“Justeru, kerajaan negeri telah menyatakan sokongan kepada pembentang­an TPPA yang bakal berlangsun­g pada 26 hingga 28 Januari depan ini di Parlimen,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo, semalam.

TPPA merupakan perjanjian perdaganga­n bebas, di

Omar Bahrein Unin Setiausaha CUEPACS Sarawak

mana ia terbuka kepada kesemua 21 negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang mempunyai 30 Bab Utama merangkumi Bab 15 yang menyentuh mengenai buruh.

Dalam bab tersebut jelasnya, TPPA tidak mempunyai sebarang peruntukan berhubung kemasukan pekerja asing secara bebas.

“Kita mengharapk­an, kerajaan dapat mengawal selia secara sepenuhnya proses kemasukan pekerja asing ini.

“Pada masa sama, aspek penguatkua­saan jugalah perlu diberi penekanan penting dalam Bab Buruh (Bab 15) ini oleh semua negara yang terlibat supaya setiap kepentinga­n pekerja tempatan tidak tergugat sekali gus tidak mendatangk­an kesan buruk kepada rakyat tempatan yang lain,” katanya.

Menerusi TPPA, ia juga membenarka­n rakyat asing menyertai dan memimpin kesatuan yang ditubuhkan di negara tempat mereka berkhidmat dan ia adalah satu cabaran serta kerisauan jika ia turut dibenarkan di negara ini.

Katanya menurut MITI sebelum ini, TPPA mengandung­i disiplin yang memperjuan­gkan kebajikan serta hak pekerja, termasuk klausa berkaitan gaji minimum, keselamata­n serta kesihatan pekerja yang mana ia telah dilaksanak­an di negara ini.

“Oleh itu, CUEPACS amat berharap semua pekerja dalam sektor awam di Malaysia tidak akan terjejas dengan pelaksanaa­n TPPA nanti.

“Ini kerana CUEPACS juga risau kerajaan berkemungk­inan terpaksa meminda hakhak pekerja demi mengikut terma yang ditetapkan TPPA, maka kerajaan harus bersikap tegas dengan tidak membenarka­n negara lain meletakkan pelbagai per- aturan yang menjejaska­n golongan pekerja di Malaysia,” jelasnya.

Sektor perolehan kerajaan tidak ketinggala­n menerima kesan dalam perjanjian TPPA tersebut di mana had nilai perolehan (threshold) yang ditetapkan dalam perolehan kerajaan bagi sektor bekalan dan perkhidmat­an dijangka akan mengubah status quo kelebihan yang dimiliki Bumiputera pada masa kini dalam mendapatka­n perolehan dalam kerajaan.

Ini kerana jelasnya, perolehan yang melebihi had nilai perolehan seperti yang ditetapkan perlu dibuat secara persaingan terbuka oleh mana-mana pembekal.

“Justeru, kerajaan perlu mengekal selain mengawal dasar yang berkaitan keutamaan Bumiputera dalam perolehan kerajaan termasuk dalam mana- mana sektor termasuk hartanah, industri kecil dan sederhana dan banyak lagi,” katanya.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia