Utusan Borneo (Sarawak)

Toh Puan Norkiah terima kunjungan hormat Rohani

-

KUCHING: Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Datuk Patinggi Toh Puan Norkiah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n baru-baru ini, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Toh Puan Norkiah hadir ke Majlis Pemasyhura­n Rumah KanakKanak Kuching kepada nama baharu iaitu Rumah KanakKanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Menurut Rohani, ia merupakan majlis yang jarang dilakukan dan akan menjadi sejarah kepada Rumah Kanak-Kanak (RKK) berkenaan.

“Ia juga adalah sebagai mengenang jasa Toh Puan yang telah menjadi penaung kepada RKK selama ini. Sepanjang menjadi penaung, beliau banyak membantu institusi-institusi kebajikan dan amat mengambil berat ke atas kebajikan kanak-kanak.

“Selain itu, setiap tahun pada musim perayaan, Toh Puan serta suami, Tun Salahuddin akan meluangkan masa bersama kanak-kanak di institusi kita dan ini adalah memberi contoh terbaik kepada masyarakat tentang kepentinga­n institusi kekeluarga­an,” katanya.

Pada masa sama, dalam peringkat umur yang masih kecil, mereka amat memerlukan kasih sayang dan tumpuan daripada orang lebih dewasa.

Selain itu ujarnya, berperanan sebagai masyarakat prihatin kita seharusnya membantu mewujudkan persekitar­an terbaik bagi golongan istimewa itu.

“Kami tidak begitu menggalakk­an kanak-kanak dihantar ke sini (RKK) melainkan ia hanya jalan terakhir demi kepentinga­n mereka,” katanya.

Pemasyhura­n nama baharu itu kelak akan dilakukan pada 21 Januari (Khamis) ini di Dewan Rumah Kanak-Kanak Kuching pada jam 10 pagi.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak Abang Shamshudin Abang Seruji dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKMM Arfan Sulaiman.

 ??  ?? BERSEDIA: SRS Zon 1 Kampung Muhibbah dan tetamu jemputan bersedia melakukan Program Ronda: Jom Jalan Sehati Sejiwa yang diadakan di sekitar penempatan kampung tersebut malam kelmarin.
BERSEDIA: SRS Zon 1 Kampung Muhibbah dan tetamu jemputan bersedia melakukan Program Ronda: Jom Jalan Sehati Sejiwa yang diadakan di sekitar penempatan kampung tersebut malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia