Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu kuasai pelbagai ilmu

-

SARIKEI: Masyarakat harus berusaha menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahua­n dalam menghadapi era globalisas­i agar tidak terus ketinggala­n.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Teng Ung Woo berkata, setiap individu tidak boleh lagi berada di takuk lama sebaliknya bersedia berubah dari segi sosial dan ekonomi.

Pada masa sama katanya, mereka perlu mempunyai semangat ingin berubah daripada tidak baik kepada baik serta menanam azam untuk maju.

“Kepentinga­n menuntut ilmu perlu diletak sebagai keutamaan. Serentak itu, mereka juga perlu bersatu padu dalam menghadapi apa juga keadaan dan tidak berbalah sesama sendiri hanya disebabkan perkara yang tidak penting.

“Jika kita berilmu tetapi tidak bersatu, ini juga sukar un- tuk membina tamadun bangsa. Justeru, kita perlu mengukuh semula hala tuju supaya matlamat membina masyarakat cemerlang tercapai,” ujarnya.

Teng berkata demikian kepada media ketika menyerahka­n bantuan dan perkakas keusahawan­an kepada beberapa penerima bantuan dekat sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata peluang ditawar kerajaan melalui program seumpama ini tidak sepatutnya dilepas kerana ia bukan sahaja bertujuan meningkatk­an pendapatan keluarga tetapi mampu mengubah masa depan.

“Ini satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh Bumiputera. Program ini juga merupakan antara usaha membimbing bakal usahawan yang mempunyai kesungguha­n untuk maju.

“Peluang seperti ini harus dimanfaatk­an dengan sebaiknya hingga membuahkan hasil seperti yang diharapkan dan bukan satu tindakan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja atau semata-mata untuk mendapatka­n bantuan,” jelas Teng.

Katanya, sikap yang serupa pada masa kini boleh diperjelas­kan atau sama maksud dengan malas berusaha.

“Jika masyrakat kita terus dibelenggu dengan sikap terbabit dan terlalu bergantung kepada bantuan daripada orang lain untuk memajukan diri mereka, kita yakin golongan ini akan melambatka­n kemajuan sekali gus akan terus ketinggala­n daripada kemajuan.

“Sikap dan pemikiran negatif itu perlu dikikis. Masyarakat hari ini tidak boleh lagi berdiam diri dan menyerahka­n kepada takdir semata-mata, tetapi perlu berusaha untuk maju.

“Bahkan, kita perlu meningkatk­an usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahua­n dalam menghadapi era globalisas­i agar tidak terus ketinggala­n,” katanya.

Teng berkata setiap individu tidak boleh lagi berada di takuk lama sebaliknya bersedia berubah dari segi sosial dan ekonomi.

Pada masa yang sama katanya, mereka perlu mempunyai semangat ingin berubah daripada tidak baik kepada baik serta menanam azam untuk maju.

“Kepentinga­n menuntut ilmu perlu diletak sebagai keutamaan. Serentak dengan itu, mereka juga perlu bersatu padu menghadapi apa juga keadaan dan tidak berbalah sesama sendiri hanya disebabkan perkara remeh.

“Jika kita berilmu tetapi tidak bersatu, ini juga sukar untuk membina tamadun bangsa. Justeru, kita perlu mengukuhka­n semula hala tuju supaya matlamat membina masyarakat cemerlang tercapai,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia