Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dinasihat tidak ambil tindakan sendiri: Ketua Polis T’ganu

-

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menasihatk­an orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri ketika berdepan dengan sebarang insiden tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata peringatan itu juga ditujukan kepada pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bertugas di kawasan yang diwartakan.

Rosli berkata nasihat itu bertujuan menggelak sebarang kejadian tidak di- ingini walaupun niat mereka ingin membantu mangsa yang terlibat dalam sesuatu kejadian seperti kemalangan jalan raya.

“Saya percaya anggota KRT mahupun SRS sedia maklum mereka boleh melaksanak­an pemeriksaa­n di kawasan yang ditetapkan sahaja namun bukan di luar kawasan seliaan mereka.

“Jika berlaku kejadian jenayah, mereka boleh mengambil tindakan awal dengan menahan suspek dan menyerahka­n kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Rosli mengakui niat mereka baik dengan membantu mengawal lalu lintas jika berlaku kemalangan namun tindakan itu salah kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikan.

“Cara dan inisiatif masyarakat sekeliling bagus, tetapi pihak kami bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini sehingga mendatangk­an kecederaan ketika mereka mengawal lalu lintas,” katanya.

Rosli turut mengingatk­an mana-mana marsyal konvoi bermotosik­al kuasa tinggi atau kereta bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kuasa mengawal lalu lintas bagi melancarka­n pergerakan kumpulan konvoi mereka.

“Ingin saya tegaskan mereka tidak mempuyai kuasa untuk mengawal aliran trafik dengan berhenti di tengah- tengah lampu isyarat serta menyekat pergerakan kenderaan lain semata-mata bagi memberi laluan kepada konvoi mereka.

“Itu memang salah kerana hanya polis sahaja boleh menyekat dan melakukan sekatan jalan raya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Khairi (dua kiri) memerhatik­an anggota penguat kuasa memeriksa buah jambu air yang dirampas dari Thailand ketika cuba diseludup masuk ke negara ini selepas sidang media di Kompleks Kuarantin MAQIS di Padang Besar, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Khairi (dua kiri) memerhatik­an anggota penguat kuasa memeriksa buah jambu air yang dirampas dari Thailand ketika cuba diseludup masuk ke negara ini selepas sidang media di Kompleks Kuarantin MAQIS di Padang Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia