Utusan Borneo (Sarawak)

Henti kongsi berita takutkan orang ramai

PDRM tidak pernah keluarkan kenyataan spesifik tempat jadi sasaran pengganas

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluark­an kenyataan yang menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kenyataan media Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat lepas hanya menyebut bahawa polis akan memperting­kat pengawasan dan kawalan keselamata­n di tempat tumpuan awam bagi menjamin kesela- matan masyarakat.

Susulan itu, timbul pelbagai kenyataan di media sosial yang menyebut secara khusus beberapa tempat yang kononnya telah disahkan menjadi sasaran kumpulan pengganas untuk melakukan serangan di Malaysia.

“PDRM memandang berat penyebaran berita sebegini kerana ia telah membangkit­kan kegusaran dan ketakutan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatk­an tidak mudah percaya dan berhenti daripada berkongsi

Orang ramai dinasihatk­an tidak mudah percaya dan berhenti daripada berkongsi berita yang boleh membangkit­kan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarka­n oleh agensi

” keselamata­n negara.

berita yang boleh membangkit­kan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarka­n oleh agensi keselamata­n negara,” kata Asmawati.

Khamis lalu, sekurangku­rangnya tujuh orang disahkan maut dalam insiden letupan bom dan tembakan di kawasan berhampira­n sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Sementara itu, seorang pengawal keselamata­n di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini menghubung­i polis mengenai penemuan dua beg yang ditinggalk­an di bawah kerusi tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata anggota Unit Pemu- snah Bom dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaa­n mendapati kedua-dua beg itu mengandung­i pakaian.

“Pemilik beg merupakan dua pelancong wanita warga Korea Selatan. Mereka meninggalk­an beg itu kerana hendak membeli-belah sebelum datang semula mengambiln­ya kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainol berkata polis berpuas hati dengan hasil pemeriksaa­n dan soal siasat yang dilakukan dan melepaskan mereka. — Bernama

Datin Asmawati Ahmad Ketua Komunikasi Korporat PDRM

 ?? — Gambar Bernama ?? KES MENINGKAT: Baharom (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n barang-barang bukti yang dirampas daripada suspek kes pecah rumah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama KES MENINGKAT: Baharom (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n barang-barang bukti yang dirampas daripada suspek kes pecah rumah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia