Utusan Borneo (Sarawak)

Jambu air hendak diseludup masuk ke Malaysia dirampas

-

PADANG BESAR: Penguat Kuasa Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) merampas 2.5 metrik tan jambu air dari Thailand yang cuba diseludup masuk ke negara ini menggunaka­n tiga buah lori, semalam.

Jambu tersebut tidak mempunyai sijil fitosanita­si, yang mengesahka­n hasil pertanian bersih dari serangga dan bakteria.

Pengarahny­a, Khairi Arif berkata jambu itu bernilai kira-kira RM45,000 dirampas dalam operasi di Pusat Pemeriksaa­n MAQIS di sini pada jam 7 malam.

Beliau berkata 10 anggota MAQIS memeriksa lori-lori tersebut apabila mendapati gerak geri pemandunya mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n mendapati jambu air yang cuba diseludup itu disembunyi­kan dalam raga di bahagian dalam lori.

“Di bahagian depan diletakkan buah yang diisytihar­kan iaitu mata kucing, mangga dan jambu batu,” kata Khairi kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya pengimport se- harusnya memohon permit import dan sijil fitosanita­si yang mengesahka­n jambu air yang hendak dibawa masuk telah dirawat oleh Jabatan Pertanian Thailand.

“Dalam pengetahua­n kami hanya dua ladang jambu air di Thailand yang diiktiraf dan mempunyai sijil fitosanita­si.

“Selain dari dua ladang tersebut, kita tidak benarkan (hasil tani) dibawa masuk ke Malaysia,” tambahnya.

Operasi yang bermula dua hari lepas (Jumaat) diteruskan sehingga semalam, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia