Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan bot pukat tunda di Pulai Kendi

-

GEORGE TOWN: Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot pukat tunda kelas B1 berpangkal­an di Jeti Batu Maung, dekat sini kelmarin kerana menceroboh kawasan zon perikanan yang menyalahi syarat lesen bot zon B1.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah 2 Pulau Pinang, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszam­an Abu Hassan berkata bot nelayan itu ditahan di 6.6 batu nautika barat Pulau Kendi.

“Ketika bot nelayan itu ditahan, terdapat seorang tekong bersama dua awakawak warga tempatan berusia 30 hingga 50 tahun itu sedang menangkap ikan.

“Susulan penahanan bot itu, pihak APMM turut menyita hasil tangkapan ikan sebanyak 350 kilogram yang berada dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya bot dan tiga lelaki itu dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung di sini untuk siasatan lanjut menurut Akta Perikanan 1985.

Kamaruszam­an berkata pengusaha bot-bot nelayan diminta supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan mereka serta menjaga sumber ikan supaya tidak pupus.

Katanya pihaknya turut mengesan sikap segelintir pengusaha bot tunda dan nelayan yang tamak serta tidak prihatin dengan keadaan sumber ikan yang semakin berkuranga­n dengan menangkap bukan di kawasan syarat lesen sepatutnya.

“Maritim Malaysia Daerah Maritim 2 Pulau Pinang mengambil berat atas aduan yang diterima dan sentiasa memantau aktiviti bot-bot nelayan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot yang cuba mengambil peluang dengan menceroboh kawasan zon perikanan atau kesalahan lain yang menyalahi syarat lesen mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia