Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji semula pemotongan peruntukan terhadap IPTA

Bawa masalah ketara kepada warga universiti: CUEPACS

-

BESUT: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUAPACS) berharap kerajaan mengkaji semula pemotongan peruntukan terhadap Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pemotongan peruntukan yang ketara terhadap IPTA telah menimbulka­n masalah kepada warga universiti sejak kebelakang­an ini.

Menurutnya pemotongan dilakukan kerajaan pada bajet lepas menyebabka­n kekangan kepada kakitangan IPTA termasuk tugasan pejabat terpaksa dilakukan dengan menggunaka­n wang saku sendiri.

“Sejak peruntukan dipotong, mereka terpaksa guna duit sendiri termasuk untuk membiayai kerja mesin rumput dan cuci bangunan manakala perkhidmat­an bas

Kami berharap pada 28 Februari nanti, kerajaan mengambil kira perolehan pendapatan GST untuk menampung kekurangan pendapatan kerajaan akibat kejatuhan harga minyak dan gas dunia. Malah kejatuhan harga sumber pendapatan negara itu bukan satu yang

“mendadak kerana alternatif perlaksana­an GST telah ada.

untuk membawa pelajar juga telah dihadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Transforma­si Penjawat Awam Daerah Besut bersama CUEPACS anjuran Pejabat Daerah Besut dan Anulae Cawangan Terengganu di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong di sini semalam.

Azih berkata dalam pengubahsu­aian Bajet 2016 pada Februari ini, kerajaan juga diharap dapat menambah semula peruntukan di IPTA melalui kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Bagaimanap­un katanya, CUEPACS mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi jaminan tiada gaji kakitangan awam dipotong dan berharap pengubahsu­aian tidak melibatkan sebarang pemansuhan atau perubahan insentif serta kemudahan penjawat awam, yang telah dipersetuj­ui berkuat kuasa 1 Jan lalu.

“Kami berharap pada 28 Februari nanti, kerajaan mengambil kira perolehan pendapatan GST untuk menampung kekurangan pendapatan kerajaan akibat kejatuhan harga minyak dan gas dunia. Malah kejatuhan harga sumber pendapatan negara itu bukan satu yang mendadak kerana alternatif perlaksana­an GST telah ada,” katanya. — Bernama

Datuk Azih Muda Presiden CUEPACS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia