Utusan Borneo (Sarawak)

ATM sedia kerah anggota tangani ancaman Daesh: Hishammudd­in

-

GENTING HIGHLANDS: Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) sentiasa bersedia menggerakk­an anggotanya ke kawasan tertentu di negara ini bagi mengawasi ancaman serangan kumpulan Daesh jika diarahkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, isu keganasan Daesh ini memerlukan perbincang­an yang teliti dan keperluan untuk melibatkan anggota tentera perlu diputuskan oleh MKN yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam membantera­s jenayah, anggota tentera memang telah lebih awal terlibat dengan anggota polis membuat rondaan di bawah Strategi Lautan Biru dan kerjasama anggota tentera dengan polis memang tidak jadi masalah.

“Keputusan untuk melibatkan anggota tentera (untuk menghadapi serang Daesh) bukan di bawah kita tetapi MKN yang akan menentukan, kita tunggu arahan dan bersandark­an kepada undang- undang negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementeria­n Pertahanan, di sini semalam.

Beliau ditanya pemberita sama ada ATM akan mengerahka­n anggotanya mengawasi kawasan- kawasan tertentu dalam negara susulan serangan di Jakarta baru-baru ini.

Mengenai ancaman Daesh, Hishammudd­in berkata pihaknya telah melakukan siap siaga menerusi Kor Risik dan Unit Anti Keganasan ATM yang sudah lama bergerak serta bekerjasam­a dengan semua pasukan keselamata­n.

Katanya, kementeria­n turut menjalanka­n diplomasi pertahanan dengan negaranega­ra tertentu dan mengadakan perkongsia­n maklumat dengan negara-negara yang telah lama menghadapi ancaman ini.

“Ancaman Daesh ini bukan sahaja kita tetapi dunia juga berusaha untuk menanganin­ya. Kita mesti tangani bersama di mana hubungan dengan negara- negaratert­entu mesti diperkukuh,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Hishammudd­in ketika sidang media Program Halatuju Kementeria­n Pertahanan 2016 di sebuah hotel Genting Highlands. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum di Genting Highlands, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Hishammudd­in ketika sidang media Program Halatuju Kementeria­n Pertahanan 2016 di sebuah hotel Genting Highlands. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum di Genting Highlands, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia