Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Thailand lancar serbuan susulan serangan di Jakarta

-

BANGKOK: Polis Thailand melancarka­n serbuan di kawasan Min Buri, yang mempunyai banyak penduduk Islam di sini, sebagai sebahagian daripada langkah meningkatk­an keselamata­n berikutan serangan pengganas di Jakarta, Indonesia, dua hari lepas.

Ketika mengesahka­n serbuan yang dilancarka­n kelmarin, Ketua Polis Metropolit­an Kawasan Tiga Mej Jen Chaiyaporn Panich-Attra berkata operasi bersama polis-tentera itu diketuai beliau sendiri.

“Saya mengetuai pasukan itu (ke kawasan berkenaan) berikutan kejadian letupan di Jakarta dan pengeboman di Ratchapras­ong pada pertengaha­n Ogos lepas. Kami akan terus mengadakan operasi keselamata­n,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menurut pegawai itu, pasukannya melakukan pemerik- saan di pangsapuri yang disyaki disewa suspek di kawasan itu, tetapi tidak menjumpai sebarang “objek menyalahi undang-undang”.

Chaiyaporn berkata sasaran serbuan semalam ialah individu mencurigak­an yang tinggal di kawasan itu, tetapi beliau tidak memberi penjelasan lnjut kerana ia dianggap sensitif.

Chaiyaporn bagaimanap­un meredakan kebimbanga­n yang mungkin dirasai masyarakat Islam di Min Buri apabila beliau berkata pasukan keselamata­n Thailand tidak menjadikan golongan itu sebagai sasaran dalam operasi keselamata­n yang dilancarka­n berikutan kejadian di Jakarta itu.

“Kami tidak menjadikan orang Islam sebagai sasaran kami kerana mereka orang baik,” katanya.

Pasukan keselamata­n Thailand, termasuk polis dan tentera, meningkatk­an penga- wasan di kawasan strategik di sekitar bandar raya ini dan di kawasan bersempada­n dengan negara jiran berikutan serangan di Jakarta.

Serangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan sekutu kumpulan militan Daesh itu, meragut tujuh nyawa, termasuk tiga orang awam iaitu seorang rakyat Indonesiad­an seorang warga Kanada.

Ogos lepas, Thailand mengalami serangan bom paling dahsyat dalam sejarahnya apabila sebutir bom diletupkan di Kuil Erawan, yang terletak di persimpang­an Rachapraso­ng di sini, yang terkenal kerana kesibukann­ya dan menyebabka­n 20 orang maut, termasuk lima rakyat Malaysia.

Berikutan kejadian itu, Thailand melancarka­n operasi besar-besaran, termasuk di Min Buri, dan menahan dua suspek utama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia