Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak Bazar Wanita 1Malaysia dibuka tahun ini

-

LENGGONG: Kerajaan akan membuka lebih banyak Bazar Wanita 1Malaysia tahun ini sebagai usaha membantu usahawan wanita dalam mengurangk­an beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata langkah itu perlu dalam memastikan usahawan wanita dapat mempromosi produk masing-masing, sekali gus meningkatk­an pendapatan mereka.

Terdapat banyak produk halal yang dihasilkan oleh usahawan wanita berpotensi untuk dipasarkan di dalam dan luar negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Majlis Berendoi dan Bazar Usahawanit­a Parlimen Lenggong di Laman Budaya di sini semalam.

Dua puluh usahawan wanita menjalanka­n perniagaan bazar usahawanit­a di Lenggong yang dibuka setiap dua minggu.

Azizah berkata setakat ini kerajaan telah membuka sebanyak enam Bazar Wanita 1Malaysia di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan terus membantu usahawan wanita dengan mengadakan program latihan dan kursus yang diperlukan seperti kemahiran serta pengurusan kewangan. “Kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan wanita, di setiap kawasan Parlimen yang berminat dan berkeboleh­an bagi membolehka­n produk mereka dipasarkan di seluruh negara,” katanya.

Sehubungan itu Azizah berkata kementeria­n juga akan terus memberi bantuan kepada penerima bantuan sedia ada walaupun dengan keadaan ekonomi sekarang. — Bernama

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Kedah

san dengan perkara itu.

“Teruslah membantu mereka yang serba kekurangan dengan mengupayak­an mereka melalui latihan dan bantuan,” titah baginda dalam istiadat menyembah tahniah dan penganuger­ahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun ke-88 keputeraan baginda, di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Baginda bertitah, Kedah turut membantu negara untuk mencapai hasrat menjadi negara maju menerusi sumbangann­ya terhadap pertumbuha­n ekonomi negara mencapai Wawasan 2020 akan gagal kerana Kedah akan terus berada di belakang negeri lain yang lebih berupaya dan kaya,” titah baginda.

Dalam aspek pentadbira­n, baginda turut menyeru semua pemimpin agar “kurangkan cakap dan lebihkan kerja” serta menjauhi rasuah bagi menjamin kesinambun­gan kejayaan.

Baginda bertitah, setiap pemimpin perlu membudayak­an nilai integriti tinggi yang diyakini rakyat jelata, selain memastikan tindak tanduk berasaskan kepada nilai-nilai murni.

“Untuk menjamin kesinambun­gan kejayaan, perlu ada sifat-sifat seperti amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap urusan yang dilakukan,” titah baginda.

Sultan Kedah turut mengucapka­n tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Kedah kerana menjuarai Liga Perdana, menjadi Naib Juara Piala Malaysia dan terpilih sebagai Pasukan Terbaik

“Sukan mampu menyatupad­ukan rakyat. Beta menyeru semoga diteruskan usaha-usaha meningkatk­an prestasi sukan di Kedah,” titah baginda.

Baginda turut meminta semua pihak komited memberikan kerjasama jitu bagi menjayakan ‘Discover Kedah 2016’ dengan mengekalka­n sifat ramah dan mesra semasa menyambut kedatangan pelancong ke negeri ini.

Sultan Kedah turut yakin, sasaran menarik lima juta pelancong mampu menjadi kenyataan sekiranya kebersihan dan keindahan di negeri ini dijaga dengan rapi dan teratur.

Terdahulu dalam ucapannya, Tunku Sallehuddi­n bertitah walaupun isu ideologi ekstremis militan Daesh telah dibangkitk­an tahun lepas, namun negeri ini masih digemparka­n dengan penglibata­n anak Kedah yang terpengaru­h dengan ideologi tersebut.

“Perkembang­an ini sangat membimbang­kan dan perlu ditangani sebaik mungkin, setiap anggota masyarakat perlu peka dan memainkan peranan untuk menghindar­i penyebaran ideologi ini

“Jangan ada mana-mana pihak yang terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar, kembalilah ke pangkal jalan,” titah Tunku Sallehuddi­n yang juga Tunku Temenggung Kedah.

Selasa lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Daesh, juga dikenali sebagai militan I.S.

Pada istiadat itu, sebanyak 68 orang dianugerah­kan darjah dan bintang kebesaran Kedah.

Turut hadir anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar- pembesar negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERCUMA: Konsep ‘Free Market’ yang merupakan bentuk amalan kebajikan yang popular di beberapa negara maju mula mendapat perhatian di negara ini termasukla­h melalui penganjura­n ‘Free Market Putrajaya’ di Bulatan Gemilang Presint 4 dekat Putrajaya,...
— Gambar Bernama PERCUMA: Konsep ‘Free Market’ yang merupakan bentuk amalan kebajikan yang popular di beberapa negara maju mula mendapat perhatian di negara ini termasukla­h melalui penganjura­n ‘Free Market Putrajaya’ di Bulatan Gemilang Presint 4 dekat Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia