Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim Mahkamah Rayuan ketuai 68 penerima pingat Kedah

-

ALOR SETAR: Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutua­n Datuk Aziah Ali mengetuai senarai 68 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam.

Beliau bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati ( DGMK) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaik­an darjah berkenaan di Balai Penghadapa­n Istana Anak Bukit, dekat sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanath­an menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersama tiga penerima lain.

Tiga penerima darjah berkenaan ialah Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Kedah Syeikh Abdul Rahman Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation To Criminalis­e War (KLFCW) Prof Salleh Buang.

Sebanyak 45 orang pula menerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Mereka termasuk Pengarah Pendidikan Negeri Datin Azuyah Hassan dan dua anggota exco kerajaan negeri Kedah, Aminuddin Omar dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Penerima lain ialah Penasihat Undang- Undang Negeri Kedah Nor’Azura Mohamed Zohdi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembanguna­n Langkawi Rozaina Datuk Paduka Radzi, Pegawai Daerah Kulim Md Zuki Siru, Pegawai Daerah Sik Mohd Zohdi Saad, Pengarah Infantri Jabatan Arah Infantri Markas Tentera Darat Brig Jeneral Datuk Azlan Abd Rahman dan Komandan Kolej Tentera Udara Kepala Batas Brig Jen Datuk Johnny Loh Kok Kong.

Turut menerima darjah berkenaan ialah Panglima 6 Briged Markas 6 Briged Kem Sungai Layar Sungai Petani, Brig Jen Mardzuki Muhammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Kesihatan Malaysia Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Chin Phaik Yoong, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Mohd Jamidan Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah Samsudin Bakar.

Turut dianugerah DSDK ialah Ketua Pengarah Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg Mirza, Setiausaha Pembanguna­n Pelajaran Kementeria­n Pendidikan (KPM) Khalid Abu Bakar, Pengarah Naziran dan Penyeliaan 2 Jabatan Peguam Negara Azizah Mahamud, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Abdullah Mad Yunus dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Syeikh Abdullah Awang Sa.

Penerima yang lain ialah Pendaftar Management and Science University (MSU) Zokrie Othman, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan Malaysia Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perkhidmat­an Kaunseling Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dan Pakar Kardiologi Putra Medical Centre Dr Chan Jit Wooi.

Turut sama dianugerah DSDK ialah Pensyarah Jabatan Syariah dan UndangUnda­ng Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Dr Ahmad Hidayat Buang, Pakar Perunding Kanan Anestesiol­ogi Jabatan Anestesiol­ogi dan Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah Dr Md Mortadza Ramli, Ketua Penerangan Wanita UMNO Kedah Sharifah Maznah Syed Kassim dan Naib Pengerusi Perhubunga­n Negeri Parti GERAKAN Rakyat Kedah Tan Po Kiat.

Penerima lain ialah Pengerusi Majlis Profesor Universiti Malaysia Perlis Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kuantitati­f Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia Prof Dr Abdul Razak Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Vista Property Management (Kulim) Sdn Bhd Chew Chong Teck dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan N. U. R Power Sdn Bhd (Kulim) Abd Rahim Md Noh.

Turut dianugerah darjah berkenaan Pengerusi Eksekutif EG Industries Berhad (Sungai Petani) Tai Keik Hock, Pengarah Urusan Belleview Group (Penang) Datuk Ho Kiong Chan, Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah Ir Ahmad Fitri Othman, Pengarah Urusan Golden Victory Enterprise Chan Kok Hwa @ Tan Ah Song dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Hor Tek Lip @ Hor Tet Lip.

Penerima lain ialah Ketua Jabatan Sukan dan Permainan AIMST University S Ananthan, Setiausaha MCA Kedah Ooi Eyan Hian, Pengurus Besar Hotel Bayview Langkawi Lee Kun Seong, Rakan Niaga Petronas Setapak Mesra Enterprise ( Kuala Lumpur) Chong Swee Lim, Pengarah Urusan Mahajaya Berhad (Selangor) Tan Ming Wai dan Pengarah Urusan Tenzin Heavy Machinery (Malaysia) Chng Chong Teck.

Turut sama dianugerah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Marine Heavy Engineerin­g Holdings Berhad Abu Fitri Abdul Jalil, Penasihat Kanan Supply Chain Management and Special Liaison Rahim Ismail dan bekas Pengurus Besar MADA Allahyarha­m Md Zuki Ismail.

Bagi Jaksa Pendamai (JP), seramai 17 orang menerima anugerah tersebut antaranya Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Pondok Malaysia Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah Haris Che Mat, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jeneri Mahadzir Abd Hamid, ADUN Kupang Datuk Harun Abd Aziz, dan Pengarah Kumpulan Kaisar Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGANUGER­AHAN: Tunku Sallehudin (kiri) berkenan mengurniak­an Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’ kepada Hakim Mahkamah Rayuan Aziah pada Istiadat Pengurniaa­n Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang...
— Gambar Bernama PENGANUGER­AHAN: Tunku Sallehudin (kiri) berkenan mengurniak­an Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’ kepada Hakim Mahkamah Rayuan Aziah pada Istiadat Pengurniaa­n Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia