Utusan Borneo (Sarawak)

#Sayuran-sayuran percuma, tarik pengunjung ke #FREEMARKET­PUTRAJAYA

-

PUTRAJAYA: Sayur- sayuran seberat 708 kilogram yang diagih secara percuma kepada pengunjung #FREEMARKET­PUTRAJAYA semalam menjadi daya penarik program sehari itu.

Penganjur program, Azmin Ishak berkata sayur-sayuran itu didermakan beberapa individu dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n. Mereka adalah antara 120 penyumbang lain yang turut serta dalam program yang diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4 itu.

Beliau memberitah­u Bernama di sini, #FREEMARKET­PUTRAJAYA kali ini mencatatka­n kehadiran pengunjung tertinggi dan di luar jangkaan iaitu lebih 2,000 sejak mula diadakan tahun lepas.

Menurut Azmin #FREEMARKET­PUTRAJAYA berkonsepk­an pasar percuma sama seperti yang dianjurkan individu lain iaitu, ‘komuniti membantu komuniti’ dengan matlamat melengkapi keperluan satu sama lain sesama masyarakat.

Katanya tahun lepas beliau bersama rakan seperjuang­an dan beberapa individu lain berjaya menganjurk­an kirakira 70 program pasar percuma di seluruh negara.

Mengenai pemilihan Putrajaya sebagai lokasi penganjura­n program amal itu, Azmin berkata pemilihan lokasi dibuat berdasarka­n komuniti di sesuatu kawasan meliputi pelbagai peringkat kumpulan dan pendapatan.

“Free Market pernah berjaya dianjurkan di kawasan elit seperti Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, kita dapati rakyat Malaysia sememangny­a pemurah dan suka menderma,” katanya.

Dalam pada itu Azmin meminta pengunjung agar mengambil barangan diper- lukan secara beradab dan mengucapka­n terima kasih

keluargany­a menyertai program itu selepas mendapat maklumat di laman media sosial.

“Kami menyumbang­kan baju kurung yang masih boleh dipakai, kereta sorong bayi serta bihun goreng untuk pengunjung di dataran ini,” katanya yang pertama kali menyertai program amal itu.

Wanita berusia 34 tahun itu berpendapa­t penganjura­n program seumpama itu di Putrajaya adalah tepat memandangk­an tidak semua penjawat awam berpendapa­tan tinggi dan berasal daripada golongan berkemampu­an.

“Kami tidak tahu siapa yang memerlukan dan tidak semua penjawat awam senang. Hari ini saya lihat yang datang tidak kisah untuk terima pakaian dan barangan terpakai daripada penderma,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia