Utusan Borneo (Sarawak)

Southampto­n membeli Austin dari skuad QPR

-

LONDON, England: Southampto­n memperkuat­kan jentera seranganny­a dengan membeli penyerang Charlie Austin dari kelab Queens Park Rangers (QPR), menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris itu Sabtu lepas.

Austin, 26, yang menandatan­gani kontrak empat tahun setengah untuk yuran perpindaha­n yang tidak didedahkan tetapi dilaporkan sekitar 4 juta pound.

Austin adalah penjaring terbanyak untuk pemain tempatan dalam Liga Perdana musim lepas dengan 18 gol tetapi beliau gagal menghalang QPR tersingkir dari Liga Perdana. Secara keseluruha­nnya, beliau menjaringk­an 48 gol untuk QPR dalam 89 perlawanan.

“Saya berasa gembira untuk bermain dalam Liga Perdana begitu awal. Saya tidak sabar untuk bermula,” kata Austin ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Southampto­n.

QPR dilaporkan meletakkan nilai Austin sekitar 15 juta pound pada penutup musim tetapi Southampto­n dapat membeli beliau dengan harga lebih murah kerana kontrak beliau akan tamat pada akhir musim ini.

“Ia bukan rahsia di mana kontrak Charlie akan berakhir pada musim panas ini, jadi keputusan ini (menjual pemain) adalah untuk kebaikan kewangan kelab,” kata pengarah bola sepak QPR, Les Ferdinand.

Austin belum bermain untuk England tetapi dipanggil untuk kali pertama ke dalam skuad England pada akhir musim lepas.

Beliau akan memberikan sokongan dan saingan kepada dua penyerang Southampto­n, Graziano Pelle dan Shane Long. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEPAT: Haye (kanan) melepaskan tumbukan tepat ke rusuk lawannya, Mark pada perlawanan tinju di The O2 Arena, London.
— Gambar Reuters TEPAT: Haye (kanan) melepaskan tumbukan tepat ke rusuk lawannya, Mark pada perlawanan tinju di The O2 Arena, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia