Utusan Borneo (Sarawak)

Tinju: Haye meraikan kepulangan dengan kemenangan ke atas Mark

-

LOND O N , E n g l a n d : Bekas juara dunia heavyweigh­t Britain, David Haye, meraikan kepulangan­nya ke gelanggang tinju dengan kemenangan mudah ke atas Mark de Mori dari Australia pada pertarunga­n di

O2 Arena di sini Sabtu lepas.

Pada pertarunga­n pertama beliau sejak tiga setengah tahun ekoran kecederaan bahu yang mengancam kerjayanya, peninju berusia 35 tahun itu hanya memerlukan dua minit dan 11 saat untuk menewaskan Mori, yang tumbang dengan satu kombinasi tumbukan tangan kanan Haye dan gagal bingkas meyakinkan pada perkiraan oleh pengadil, Robert Williams.

Haye, yang juga bekas juara cruiserwei­ght dunia, akan memburu pertarunga­n menentang bintang harapan Britain, Anthony Joshua sebelum boleh mengintai peluang menentang seorang lagi rakan senegara, Tyson Fury, yang memiliki gelaran heavyweigh­t dunia kelas WBA.

“Tyson Fury jelas sekali tidak mahu menentang saya,” kata Haye selepas pertarunga­n itu.

“Saya berkata saya akan menaiki ranking dan beliau berkata beliau mungkin sudah melepaskan gelaran berbanding menentang saya, jadi kenapa perlu mahu berusaha menentangn­ya?

“Kenapa tidak mahu memburu pertarunga­n besar? Pertarunga­n besar menentang Anthony Joshua. Saya percaya pertarunga­n itu boleh dicapai pada lewat tahun ini. Saya berada pada kedudukan baik, saya sedikit tua tetapi tumbukan saya masih kuat. Saya akan memastikan ia satu pertarunga­n yang hebat dan ia adalah pertarunga­n yang saya mahukan. Kerana itulah kenapa saya kembali bertarung, saya mahu pertarunga­n besar.”

Haye menewaskan Nikolai Value untuk menjadi juara heavyweigh­t WBA pada November 2009 tetapi tewas gelaran kepada Wladimir Klitschko pada Julai 2011. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia