Utusan Borneo (Sarawak)

Kecederaan di tulang kaki, Costa dibawa ke hospital

-

LONDON, England: Chelsea berdepan dengan penuh debaran selepas penyerangn­ya, Diego Costa dibawa ke hospital selepas seri 3-3 dengan Everton, yang menyaksika­n John Terry menjaringk­an gol untuk kedua-dua pasukan pada perlawanan di Stamford Bridge Sabtu lepas.

Costa dikeluarka­n kerana kecederaan selepas menjaringk­an gol penyamaan Chelsea, yang ketinggala­n 0-2 pada awal separuh masa kedua sebelum ketinggala­n sekali lagi pada awal minit kecederaan tetapi Terry mengikat kedudukan pada lewat minit kecederaan walaupun dari kedudukan ofsaid.

Pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink, mengakui beliau mengharapk­an Costa tidak mengalami kecederaan serius tetapi menjelaska­n beliau tidak tergesa- gesa mencari penyerang baharu sekiranya Costa perlu berehat panjang.

“Beliau ke hospital dan menjalani pemeriksaa­n im- basan,” kata Hiddink. “Kami belum tahu keputusann­ya dan saya berharap ia tidak serius. Ia di bahagian tulang kakinya. Beliau berasa sangat sakit ketika ini.

“Kami boleh mencari pemain baharu jika kami mahu tetapi ketika ini, kami tidak akan melakukan apa- apa. Kami berharap Diego kembali dari hospital dengan berita baik.”

Keputusan seri itu bermakna Chelsea kekal bersaing mengelak penyingkir­an berbanding memburu satu slot untuk bola sepak Eropah dan Hiddink mengakui harapan untuk memburu empat tempat teratas liga pada akhir musim semakin pudar.

“Sasaran kami ialah untuk empat tangga teratas, kami harus mengutip tiga mata dari dua perlawanan di tempat sendiri ini tetapi gagal,” kata Hiddink, di mana pasukannya seri 2-2 dengan West Bromwich Albion pada perlawanan di tempat sendiri minggu lepas.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia