Utusan Borneo (Sarawak)

Higuain jaringkan gol ke-20 Bantu Napoli tundukkan Sassuolo 3-1 pada aksi Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Gonzalo Higuain menjaringk­an gol ke-20 beliau dalam Serie A Itali musim ini ketika kelabnya, Napoli, menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata berbanding Inter Milan selepas kemenangan 3-1 ke atas Sassuolo Sabtu lepas.

Sebelum perlawanan di Naples, Sassuolo belum tewas ketika menentang lima pencabar kejuaraan liga musim ini selepas menewaskan Napoli, Juventus dan Inter selain seri dengan AS Roma dan Fiorentina.

Tetapi Higuain, yang memburu gelaran penjaring terbanyak liga, beraksi cemerlang untuk meletakkan Napoli di hadapan pada minit ke-42 selepas Jose Callejon mengikat gol pembukaan Sassuolo oleh Diego Falcinelli.

Walaupun sebelum gol kedua peribadiny­a, beliau sudah mendapat pujian dari jurulatih Sassuolo, Eusebio Di Francesco.

Ketika Napoli mempertaha­nkan kedudukan 2-1, Higuain menewaskan Andrea Consigli dengan satu rembatan kencang dalam kotak penalti untuk gol ketiga pada minit kecederaan.

Kemenangan ke- 13 Napoli musim ini membolehka­n mereka berada di tangga teratas liga dengan 44 mata, empat mata di hadapan Inter yang hanya mampu seri 1-1 di Atalanta, perlawanan kedua berturut-turut di mana Inter tercicir mata selepas tewas kepada Sassuolo minggu lepas.

Ini bermakna Juventus, yang berada di tangga ketiga, boleh melonjak ke tangga kedua dan berkelebih­an dua mata di hadapan Inter sekiranya menewaskan Udinese pada perlawanan lewat.

Jurulatih Napoli, Maurizio Sarri mendapat pujian kerana mengubah sebuah pasukan yang menamatkan saingan di tangga kelima di bawah kendalian Rafael Benitez musim lepas tetapi beliau dengan pantas memberikan pujian itu kepada pemainnya.

Napoli bermula dengan buruk apabila Nicola Sansone memperoleh­i satu tendangan pen- alti selepas dikasari Raul Albiol dan Falcinelli dengan mudah menewaskan penjaga gol Pepe Reina untuk gol pembukaan seawal minit ketiga.

Gol itu membayangk­an kekalahan kepada Sassuolo pada awal musim tetapi ia dengan pantas dilupakan apabila Callejon mengikat kedudukan untuk gol liga yang pertama beliau musim ini.

Gol itu membakar semangat pemain Napoli dan walaupun Reina dipaksa beraksi tangkas menepis cubaan Matteo Politano sebelum Higuain meletakkan Napoli di hadapan buat kali pertama selepas menyempurn­akan hantaran cantik Marek Hamsik.

Napoli mengekalka­n rentak yang sama dalam separuh masa kedua tetapi bergelut mencari gol dengan Higuain mempunyai dua peluang dalam enam minit pertama

Dan ketika Sassuolo memburu gol penyamaan dan Napoli cuba bertahan sehingga ke wisel penamat, Higuain tidak dikawal dalam kotak penalti untuk menjaringk­an gol ketiga Napoli. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TANGKAS: Penjaga gol Napoli, Manuel ‘Pepe’ menepis rembatan pemain Sassuolo untuk menyelamat­kan gawangnya pada perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Sassuolo di Stadium San Paolo.
— Gambar Reuters TANGKAS: Penjaga gol Napoli, Manuel ‘Pepe’ menepis rembatan pemain Sassuolo untuk menyelamat­kan gawangnya pada perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Sassuolo di Stadium San Paolo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia