Utusan Borneo (Sarawak)

Putera Ali mengutuk seorang pencabarny­a

-

AMMAN, Jordan: Calon jawatan presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Putera Ali al Hussein, mengutuk satu kemungkina­n cubaan melibatkan salah seorang pencabarny­a untuk melanggar peraturan pilihan raya dan mendesak satu siasatan dilakukan.

“Saya bimbang dengan cubaan melanggar peraturan pilihan raya dalam pemilihan presiden FIFA,” kata putera dari Jordan itu dalam satu kenyataan.

“Saya sudah menulis kepada Jawatankua­sa Pilihan raya FIFA untuk memberitah­u kebimbanga­n saya dan meminta mereka menyiasat perkara ini.”

Ia diumumkan bahawa Gabungan Bola Sepak Afrika (CAF), telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Jumaat lepas di Kigali untuk menganjurk­an kejohanan dan program untuk pembanguna­n teknikal.

AFC diketuai Sheikh Salman Ibrahim al Khalifa, yang juga bertanding jawatan presiden FIFA.

“Saya sentiasa mempromosi persefaham­an antara gabungan,” kata Putera Ali. “Bagaimanap­un, MOU di antara AFC dan CAF kelihatan tidak tepat ketika ini.

“Persatuan-persatuan bola sepak di Afrika bukan untuk dijual dan sumber pembanguna­n milik persatuan kebangsaan seharusnya tidak digunakan oleh calon pilihan raya dan presiden gabungan untuk kedudukan politik,?” tambah beliau.

Pemilihan 54 wakil dalam CAF adalah penting dalam pilihanray­a FIFA, yang dijadualka­n pada 26 Februari depan di Zurich. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia