Utusan Borneo (Sarawak)

Ibra selamatkan kedudukan PSG

-

PARIS, Perancis: Bukan buat kali pertama di mana Paris Saint Germain (PSG) berterima kasih kepada penyerang Zlatan Ibrahimovi­c selepas gol tunggal beliau memastikan kemenangan 1-0 di Toulouse dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Ia adalah jauh dari aksi memberangs­angkan buat PSG dan Toulouse, yang bergelut mengelak penyingkir­an, tidak bernasib baik untuk mengutip satu mata pada perlawanan di stadium yang dinaiktara­f dan dirasmikan di hadapan lebih 30,000 penonton Sabtu lepas.

Ibrahimovi­c menyempurn­akan satu peluang pada minit ke-73 dari umpanan David Luiz selepas tendangan sudut Lucas untuk memberikan PSG kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan membolehka­n mereka menjarakka­n kedudukan di tangga teratas liga dengan kelebihan 23 mata berbanding pencabar terdekat, Angers.

Skuad kendalian Laurent Blanc itu masih belum tewas dalam pertanding­an domestik musim ini dan keputusan ini membolehka­n mereka melanjutka­n tempoh tanpa kalah kelab dalam liga kepada 30 perlawanan – sejak dari bulan Mac tahun lepas.

Toulouse kekal dalam zon penyingkir­an tetapi mereka hanya tewas sekali dari sembilan perlawanan sebelum perlawanan ini dan sekurangku­rangnya boleh berasa yakin dengan prestasi pada perlawanan pertama dari tiga pertemuan dengan PSG.

Toulouse akan bertandang ke PSG untuk perlawanan Piala Perancis Selasa ini dan kemudian perlawanan separuh akhir Piala Liga, juga di PSG pada 27 Januari.

Pada perlawanan lain, Guingamp juga mensia-siakan kelebihan 2-0 sebelum seri 2-2 dengan Nantes. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia