Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu perlu melahirkan ramai pemain bola sepak berkaliber: Dr Rundi

-

BINTULU: Bintulu perlu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkaliber mewakili bahagian dan negeri ini termasuk negara melalui pendekatan bersesuaia­n dengan mengasah bakat-bakat baharu dalam sukan itu.

Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Luar Bandar), Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata beliau melihat sendiri situasi pembanguna­n bola sepak di Bintulu memang ada perkembang­an tetapi ingin melihat lebih berkembang.

“Pasukan- pasukan bola sepak perlu melahirkan pe- main-pemain dapat dibanggaka­n mewakili Bintulu seterusnya Sarawak dan Malaysia.

“Pembanguna­n bola sepak perlu mengambil pendekatan yang mampu menghasilk­an pemain- pemain berkaliber dalam tempoh masa yang ditentukan,” katanya ditemui pada Majlis Anugerah Sukan dan Pelancaran Liga Bola Sepak Bahagian Bintulu 2016 bertemakan ‘Melestari Legasi’ anjuran Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) di sini malam kelmarin.

Dr Rundi berkata, kita perlu melihat kembali dengan meng- kaji strategi tersendiri terhadap sukan tersebut supaya kejayaan dapat dicapai.

“Saya minta BiFA mempergiat aktiviti- aktiviti peringkat bawahan dengan mencungkil bakat pemain-pemain usia muda supaya bakat mereka dapat diketengah­kan untuk mewakili Bintulu dan Sarawak,” katanya.

Beliau turut menggesa pasukan-pasukan dan persatuanp­ersatuan sukan seluruh Bintulu bersama-sama berusaha menghasilk­an prestasi pemain- pemain yang dapat dibanggaka­n.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomuni­kasi) itu berkata, beliau melihat usaha gigih BiFA diterajui presidenny­a, Duke Janteng dan ahli jawatankua­sanya menganjurk­an banyak kejohanan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya memberi sokongan penuh dan menghargai usahausaha tersebut tanpa kenal penat lelah menganjurk­an kejohanan- kejohanan bagi mencungkil bakat pemain Bintulu,” katanya.

Menurutnya, satu ketika dahulu Bintulu melahirkan ramai pemain berkaliber seperti Abdul Jalil Ramli dan beberapa pemain lain di bawah bimbingan Awang Mahyan Awang Mohamad sehingga nama Sarawak melonjak ke peringkat tinggi.

Justeru itu, BiFA perlu mencari pendekatan sama melahirkan pemain-pemain handalan sekali gus meneruskan berusaha mencari legasi dan mencungkil bakat-bakat baharu peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Usaha itu memerlukan strategi bersesuaia­n dan sistematik tidak hanya men- cungkil bakat pemain-pemain peringkat tinggi tetapi perlu membentuk fizikal pemain kuat, tahan lasak dan mental yang baik.

“Maka atas sebab itu, kita perlu ada pendekatan sistem yang boleh diguna pakai untuk menghasilk­an kejayaan dalam tempoh 10 tahun dan sekiranya mengalami kegagalan sudah pastinya ada sesuatu yang perlu diperbetul­kan,” katanya.

Katanya, ini merupakan titik permulaan bagi BiFA dan semua terlibat tahun ini serta satu cabaran menggunaka­n sumber yang ada untuk berusaha lebih sekali gus perlu sokongan semua pihak kerana tidak dicapai dalam tempoh singkat.

Naib Presiden FAS merangkap Presiden BiFA, Duke Janteng berkata kejohanan liga bola sepak merupakan aktiviti utama dianjurkan BiFA di Bintulu pada setiap tahun sejak 1987.

Katanya, tahun lalu banyak aktiviti dan kejohanan bola sepak dikelolaka­n dengan jayanya disertai 1,800 pemain termasuk penubuhan akademi di SMK Kemena dan SK Jepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia