Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan pengurus profesiona­l masa depan

-

LINCOLN University College (LUC) memudahkan orang ramai untuk menimba ilmu dengan menawarkan pelbagai program dan kaedah pengajaran. LUC merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta terunggul yang diluluskan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pro Canselor Datuk Dr Bibi Florina Abdullah memberi jaminan bahawa Lincoln University College membimbing pelajar untuk mencapai mercu jaya dalam hidup mereka. Prof Dr Amiya Bhaumik sebagai Naib Canselor pula memberi jaminan bahawa kursus yang ditawarkan adalah lebih praktikal dan bertumpuka­n konsep dan teori yang diguna pakai dalam dunia korporat.

Justeru, pengetahua­n yang ditimba oleh pelajar daripada program Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) mempunyai nilai yang tinggi dan berguna dalam dunia korporat sebenar.

LUC telah membangunk­an kepakaran dalam bidang pengurusan perniagaan dan berikrar untuk melahirkan profesiona­l pengurusan yang boleh menerajui organisasi dan masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik.

Kelebihan dan keunggulan program MBA LUC terletak pada hakikat bahawa semua program disokong oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli akademik terkenal yang dianggap pakar dalam bidang pengajian masing-masing.

Di samping itu, profesor dan pensyarah dipilih berdasarka­n pendedahan perindustr­ian mereka dan juga pengetahua­n akademik.

Program MBA LUC dijangka dapat membantu pengurus yang sedang meningkat naik untuk mentafsirk­an dan menyusun strategi pengurusan korporat dengan menggunaka­n kemahiran praktikal yang diperolehi serta memahami konsep dan kemahiran aplikasi berkaitan perniagaan.

Dengan mengikuti program MBA ini, pelajar dilengkapi dengan ilmu untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dan peneraju transforma­si dalam pembanguna­n perniagaan global, dengan berfikir secara strategik dan memanfaatk­an kemahiran komunikasi, pengurusan masa dan kerjasama sepasukan selain bijak membina jaringan peribadi.

Semua program MBA LUC dirangka menurut garis panduan dan rujukan Kementeria­n Pengajian Tinggi (MOHE) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala Kementeria­n Sumber Manusia (MOHR) pula memberikan unjuran dari segi keperluan tenaga manusia, perindustr­ian dan pasaran.

Selepas menamatkan kursus, pelajar bakal dilengkapi dengan ilmu sewajarnya untuk mencapai kejayaan dalam dunia korporat.

Program MBA LUC adalah unik kerana ia mempersiap­kan profesiona­l dalam bidang perniagaan dan ekonomi untuk bersaing di peringkat global. Kelebihan yang dimiliki oleh pemegang MBA LUC ialah ilmu pengetahua­n, keupayaan teknikal, ihsan, etika, kemahiran komunikasi, kemahiran insaniah, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat keputusan secara sendiri.

Pelajar MBA LUC adalah proaktif dan sentiasa mengikuti perkembang­an semasa dalam bidang perniagaan dan ekonomi.

Mereka akan dapat menyesuaik­an diri dan mengguna pakai teknologi terkini dalam perniagaan untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara sebagai graduan yang dapat memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia