Utusan Borneo (Sarawak)

Rai anak-anak

-

korporat (CSR) SSR dalam menyumbang­kan sesuatu kepada mereka yang memerlukan.

Majlis itu turut dihadiri Pengurus Daerah Sarawak Shell Timur Sdn Bhd Wan Ahmad Anis Wan Mohd Shukri selain dihadiri sekitar 90 pengusaha SSR di seluruh Sarawak.

Menurut Wan Ahmad Anis, acara itu lebih kepada berkongsi keceriaan bersama anak-anak SCCS dalam membantu mereka melupakan sementara penyakit yang dihadapi.

“Ia juga sebagai kita berkongsi kejayaan yang kita lalui bersama mereka dan berkongsi rezeki yang ada untuk membantu anak-anak tersebut.

“Justeru, diharapkan pada tahun baharu ini, kesemua SSR mampu menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan bersama menuju ke arah yang lebih maju seperti yang telah dilalui pada tahun lalu,” katanya.

Sejajar dengan pegangan Shell ‘We Care, We Share’, SSR turut menganjurk­an projek selama sebulan dalam membantu meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai keperluan SCCS.

Dana yang dikumpul melalui projek tersebut akan digunakan untuk membantu SCCS di sini khususnya daripada segi penyediaan keperluan.

Selain itu, SSR tahun lalu turut mengadakan pelbagai projek untuk membantu meningkatk­an kualiti hidup masyarakat melalui program Shell Community Care.

Ia turut termasuk sumbangan yang disampaika­n kepada PERYATIM, Rumah Sri Murni, Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan beberapa projek lain.

SSR juga bekerjasam­a dengan Jabatan Bomba dalam menganjurk­an program kesedaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentinga­n keselamata­n kebakaran.

Sementara itu, Pengerusi SCCS Cawangan Miri Jocelyn Hee berterima kasih kepada pihak SSR dalam usaha membantu menyumbang­kan dana untuk SCCS.

Dana berkenaan jelasnya akan lebih digunakan untuk pusat SCCS Miri yang dibuka kelmarin.

“Dengan adanya bantuan daripada masyarakat prihatin seperti anda, bukan sahaja membantu meringanka­n beban keluarga kanak-kanak SCCS, tetapi secara langsung memberikan pemikiran positif kepada mereka bahawa masih ada masyarakat yang prihatin dan bersama membangkit­kan semangat mereka dalam membantu semangat anak-anak mereka,” katanya.

Selain dihidangka­n makanan buffet dan pilihan panggang, para tetamu juga dihiburkan dengan persembaha­n jenaka, tarian, nyanyian, pakaian terbaik untuk tetamu dan kanak-kanak, juga diserikan dengan kehadiran maskot Stitch serta ruangan bergambar.

 ??  ?? SERONOK:
Antara tetamu dan
kanakkanak SCCS merakam kenangan bersama Stitch. KONGSI CERIA: Wan Ahmad Anis (kiri) serta yang lain bergambar bersama kanak-kanak SCCS Miri selepas menyampaik­an hadiah kepada mereka.
SERONOK: Antara tetamu dan kanakkanak SCCS merakam kenangan bersama Stitch. KONGSI CERIA: Wan Ahmad Anis (kiri) serta yang lain bergambar bersama kanak-kanak SCCS Miri selepas menyampaik­an hadiah kepada mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia